Tuesday, 7 May 2013

bukan kerna apa2


Rasanya dah agak lama tak menulis di sini.

Rasanya dah agak lama jari-jemari ini menjadi kaku untuk mengarang.

Rasanya dah agak lama belog ini terabai.

Ermmmmmm..! 

Bukan tak nak menulis. Bukan sibuk sangat pun. Bukan dihimpit pelbagai agenda pun.

SERIUS, BUKAN KERNA APA2..!!!!!

Cuma tiada rasa atau keinginan untuk menaip di sini. Cuma terasa begitu kosong dan sepinya di dalam hati ini. Puas sudah dipujuk agar hati kembali mencoret di sini. Dan hari nih, terpujuk sedikit rasa hati. Lalu jari tak lagi kaku tanpa reaksi. Jari ini masih mampu menaip itu ini walau kekadang terdiam lama tanpa bunyi..!

Insyaallah, dalam proses untuk kembali menulis seaktif mungkin. Banyak cerita ingin dikongsi. Banyak rahsia yang ingin dibisikkan pada kalam ini. Banyak rasa yang nak diluahkan di sini. Terlalu banyak yang ingin Merah coretkan. Dan Merah sedar sesuatu, menyimpan segala rasa seorang diri pada waktu2 seperti ini seolah-olah membunuh diri Merah sendiri. 

Doakan agar Merah kuat. Doakan agar Merah mampu memaafkan. Doakan agar Merah terus berpegang pada tali-Nya. Doakan agar Merah mampu keluar dari semua benda yang berselirat ini. Doakan Merah..!!!!






No comments: