Thursday, 30 May 2013

suratan atau kebetulan?


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum wbt.

Sebelum Merah nak mula bercerita secara panjang lebar, Merah nak WARNING siap2 kat sesiapa yang terbaca entry ini. Serius, ni entry yang panjang lebar dan penuh dengan nilai2 cinta yang tak berkesudahan. Selain itu juga, ini entry yang tak ilmiah langsung dan memang bosan untuk dibaca. Kalau anda semua terbuka blog nih atau ternampak entry nih, silalah buang segala keinginan anda untuk terus membaca kat sini. Nih cerita paling paling sampah yang Merah nak tulis, namun Merah terpaksa jugak untuk taipkan sebab Merah tak punya medium lain untuk luahkan semua rasa nih.

"Kenapa tak tulis kat facebook jer?" Tiba2 pertanyaan tuh terlantun dari hati nurani Merah.

Jawapan :

Ater, dalam facebook tuh berlonggok-longgok kenalan2 Merah yang sememangnya kenal Merah. Tuh tak termasuk kaum kerabat lagi tuh. Kalau tulis yang bukan2 kat FB , mau kena bahan dek family Merah berdekad-dekad. Lagipun, Merah malas nak tulis benda2 berkaitan hati dan perasaan kat FB nih. Tak der privasi okay! Rasa macam mencari perhatian pulak. Seyes, Merah tak suka!

"Takkan tak dak sorang kawan pun yang dipercayai untuk bercerita?"

Jawapan:

Merah tak suka susahkan sesiapa. Mereka2 sendiri punya masalah untuk diselesaikan. Lagipun, Merah takut akan dinilai dengan pelbagai jenama nanti. Tak semua orang kenal Merah luar dan dalam. Tak semua orang benar2 faham akan keadaan Merah.

"Habis, takkan nak telan sendiri semua perkara2 yang menyakitkan tuh?"

Jawapan:

Sebab tuh Merah aktif menulis balik. Kat sini jer tempat untuk Merah meluahkan segala rasa tanpa gusar atau risau. Kat sini adalah sumber ketenangan Merah. Kat sini jugak Merah akan jumpa rasa damai yang semakin hilang dalam diri Merah.


...........................................................................................................................................................


Minggu lepas, selepas meeting secara besar-besaran kat office nih, ada jamuan makan2 kat kedai makan sebelah office nih. Waktu Merah datang untuk makan, semua kerusi dah penuh, kecuali kerusi sebelah Haji Roslan yang merangkap pegawai dari cawangan Kuala Lumpur. Dengan slumbernya Merah duduk dan mula capai semua makanan tanpa menoleh ke kiri dan kanan. Tengah bersuka hati menyuap karipap, Haji Roslan tiba2 bersuara.

"Merah, saya nak tanya sikit boleh tak? Tapi Merah janji jangan marah taau salah faham tau. Janji jangan marah tau. Janji tau."

Perhhhhh, suspen giler kot. Apa pulak Haji Roslan nak tanya nih. Merah tahu dia insan yang warak dan berilmu. Atas sebab tuh jugak Merah nebes giler nak tahu soalan dia. Kemudian, dengan wajah yang pura2 cool, Merah minta dia teruskan soalan dia.

"Ermmmmm, macam nih. Saya dapat rasakan bahawa hati dan perasaan Merah sangat2 sakit dan menderita kerna cinta. Saya dapat rasakan ada ramai individu yang sayang dan cintakan Merah, namun Merah masih mengharapkan seseoranag yang dah lama buang Merah dari hidup dia. Kenapa Merah seksa diri merah?

Okay, masa tuh karipap inti ayam tuh dah rasa macam karipap inti pasir. Terkejut sangat. Mana dia tahu semua nih? Meeting kali nih adalah perjumpaan yang pertama bagi Merah dengan Haji Roslan. Ekkkk, pelik la!

"Ehhhhh, tak der la Tuan Haji. Merah happy2 jer la. Merah mana kenal sesiapa pun kat sini. Merah tak der la nak feeling2 tak tentu pasal. Lagipun, Merah tak perfikir pun nak bercinta cintun nih. Hehehehhe, lawak la!"

"Maaf ek Merah sebab menyampuk dalam urusan hidup Merah. Yang pergi itu tetap pergi. Yang tinggalkan kamu itu tetap tinggalkan kamu. Kenapa mesti nak hidup dalam bayang2 dia? Dia dah buang kamu Merah. Kamu tahu kebenarannya, tapi kenapa kamu menidakkannya. Jangan seksa hati kamu lagi. Ramai yang sayangkan kamu lagi. Jangan cuma ingat dia sahaja yang mampu bahgiakan kamu. Merah kena fikir dengan rasional. Nasihat saya, balik nih muhasabah diri balik. Cuba lihat sekeliling, ada insan lain yang sangat2 sayangkan Merah!"

Kepala rasa berputar ligat. Muka rasa panas. Pipi dah merah sangat2 nih. Tekak rasa berpasir. Dan mata tiba2 bergenang air jernih.

Merah letak balik karipap kedua yang dah Merah gigit separuh. Dengan alasan untuk kira stok barang2, Merah balik ke office. Buka jer pintu office, Merah cepat2 masuk ke bilik stor barang dan kunci pintu rapat2. Dan seperti biasa, Merah cuma menangis.


......................................................................................................................................................


Hujung minggu lepas Merah bermalam di rumah sahabat baik Merah, RA. Kesempatan berada di sana Merah gunakan untuk berbual sepuas-puasnya dengan RA. Macam2 topik diselitkan di dalam perbualan kami. Ada suka, ada duka dan kadang2 mengundang tawa yang benar2 lahir dari hati kami berdua. Sungguh, Merah sayangkah ukhwah yang terbina sejak Merah di tingkatan satu lagi.

Sejujurnya, kami mula rapat setelah masing2 tamat tingkatan lima. Sejak hari itu, kami sering berkongsi pelbagai berita dan perkembangan diri masing. Persahabatan ini telah terbina cukup2 lama. Alhamdulillah, pertemuan dengan RA mengurangkan serba sedikit beban yang memberat di kepala ini. Punya sahabat yang mendamaikan seperti RA ini merupakan nikmat yang tak terhingga dari DIA yang maka kuasa. Alhamdulillah.

Berbicara secara bersemuka bersama RA membuatkan Merah lebih terbuka di dalam menjawab segala persoalan2 yang diajukan oleh RA. Dan semestinya topik hati dan perasaan sememangnya menjadi topik utama kerna kami berdua bergelut dengan situasi yang hampir sama. Dan malam itu Merah terluah sesuatu yang sememangnya sudah lama Merah simpan.

Merah rindukan 'dia'..!

Merah rindukan segala-galanya tentang 'dia'..!

Merah berharap untuk bertemu dengan 'dia'..!

Dan RA cuma memandang Merah dengan pandangan yang sukar untuk dimengertikan. Mungkin RA marah. Mungkin juga RA kecewa kerna sahabatnya masih menanti sesuatu yang tak mungkin akan dimiliki. Merah tahu betapa RA mengharapkan agar Merah berhenti memandang pada pintu yang sama dan beralih kepada pintu2 lain yang sedia terbuka untuk Merah. Harapan RA cuma satu, beliau ingin melihat Merah BAHAGIA..!


.....................................................................................................................................................


Keesokan harinya Merah pulang ke rumah kerna pada hari ahadnya Merah perlu datang ke opis untuk membuat sedikit persediaan berkenaan urusan pentadbiran. Petangnya pula abang Merah tiba2 datang ke rumah dan membawa Merah pulang ke kampung kerna bimbang Merah akan berseorangan di rumah. Dalam perjalanan pulang ke kampung, Merah cuma terdiam dan berpura-pura memejam mata bagi melindungi mata yang bengkak akibat menagis. Dan seperti biasa, sakit telinga dijadikan alasan untuk menangis kerna adik-beradik Merah sudah terbiasa dengan penyakit telinga Merah itu.

Merah cuma memandang ke luar tingkap kereta dan melihat tompok2 awan sepanjang perjalanan. Merah cuba menutup kegusaran hati Merah dengan memejamkan mata seerat-eratnya. Tiba2 berlaku sedikit kemalangan di jalan raya. Dan kemalangan tersebut menyebabkan Merah terdiam dan tak sudah2 beristifar panjang. Merah nampak 'dia' di tepi jalan. Merah nampak 'dia' di sana dengan jelasnya. Merah nampak 'dia' yang Merah rindu siang dan malam betul2 di depan mata merah. Andai ini mimpi, sesungguhnya ini mimpi terindah Merah. Andai ini realiti, sememangnya Allah mendengar rintihan hati Merah.

Saat itu airmata Merah terus mengalir dengan lajunya. Allah mendengar doa Merah. Allah berikan kesempatan untuk Merah bertemu dengan 'dia' untuk terakhir kali ini. Walau dengan memandang wajahnya beberapa minit cuma, itu sudah memadai bagi Merah. Itu sudah cukup untuk memuaskan rasa hati Merah. 


..........................................................................................................................................................

 
Dan sekarang Merah sudah bebas dari semua rasa yang mencengkam itu. Merah telah lepaskan 'dia' di saat Merah kehilangan bayangnya sewaktu di tepi jalan dahulu.

Pergilah.....

Pergilah sejauh mungkin...

Pergilah mencari bahagiamu..

Perasaan ini telah bebas untuk sekian kalinya. Sungguh, tiada lagi rasa untuk 'dia' di hati ini. Semuanya telah jauh dibawa pergi. Semuanya telah kering dan mati. Semuanya telah pupus dan tak mungkin bercambah kembali. 

Merah ingin tersenyum selebar mungkin. Merah ingin ketawa seikhlas mungkin. Merah ingin bahagia sehabis mungkin. Merah ingin gembira selagi mungkin.

Nyawa ini cuma pinjaman kan? Jadi Merah tak ingin mensia-siakan. Merah tak ingin menjadi hambaNya yang tidak tahu bersyukur. Dia melimpahkan pelbagai nikmat untuk Merah, jadi Merah tak perlu untuk bersedih kerana sedikit rasa itu.

I'm servant of ALLAH.. Struggling for MardhatiLLah~insyaAllah.
 
"Jagalah Allah, Allah akan menjagamu" :)





No comments: