Wednesday, 19 June 2013

kenapa nak kahwin dengan saya??


Seorang wanita telah dilamar oleh tiga orang lelaki yang sememangnya hebat dari segi agama dan akhlaknya. Ketiga-tiga lelaki tersebut mempunyai ciri-ciri yang diperlukan bagi menjadi ketua di dalam rumahtangga. Selepas pulangnya rombongan merisik daripada lelaki yang ketiga, wanita tersebut termenung di tepi jendela. Pandangannya nampak kosong dan terarah pada sebatang sungai yang mengalir lesu di hadapan biliknya. Sungguh, wanita itu cukup2 buntu untuk memilih salah seorang daripada tiga lelaki tersebut. Keputusan yang perlu dibuat cukup2 besar dan memerlukan ketelitian yang cukup2 tinggi.



Dan selepas seminggu mendiamkan diri, beliau menghantar mesej kepada ketiga-tiga orang lelaki tersebut.

"Kenapa awak memilih untuk mengahwini saya?"

Ketiga-tiga lelaki tersebut diberi masa selama sebulan untuk memikirkan jawapan yang ringkas bagi persoalan tersebut. Lelaki yang memberikan jawapan yang benar2 dapat membuatkan hati wanita tersebut berdetak akan diterima lamarannya.

Selepas sebulan ketiga-tiga lelaki tersebut datang ke sebuah restoran yang dijanjikan untuk bertemu dan memberikan jawapan kepada persoalan tersebut. Selepas menunggu selama 5 minit, mereka melihat kelibat wanita tersebut di seberang jalan. Wanita tersebut kelihatan berdiri berseorangan di tepi jalan sambil memerhatikan kenderaan2 yang lalu lalang. Selepas 15 minit, wanita tersebut dijemput oleh ayahnya yang datang dari bangunan berhadapan jalan untuk menjemputnya datang ke restoran tersebut.

Setelah semuanya bersedia di dalam restoran tersebut, lelaki pertama mula memberikan jawapan untuk persoalan yang dikemukan oleh wanita tersebut.

Jawapan daripada lelaki pertama :

Saya memilih awak untuk menjadi isteri saya kerana saya yakin bahawa awak mampu menjadi sayap kiri saya untuk menyebarkan syiar islam. Saya memerlukan wanita seperti awak untuk menguatkan saya di kala saya lemah, membantu perjuangan saya pabila saya lelah dan bersama-sama saya sehingga ke akhir hayat saya.

Pabila mendengarkan jawapan daripada lelaki pertama tersebut, wanita itu cuma tertunduk dan membisu seribu bahasa. Melihatkan situasi itu, lelaki kedua terus memberikan jawapannya tanpa membuang masa lagi.




Jawapan daripada lelaki kedua :

Islam sendiri menggariskan beberapa panduan di dalam pemilihan isteri. Namun penekanan yang diberikan ialah kepada agama. Saya melihat agama yang ada di dalam diri awak dan saya yakin bahawa awak mampu menjadi isteri dan bakal ibu yang baik kepada anak2. Insyaallah, suatu hari nanti awak akan membantu saya melahirkan anak2 yang soleh dan solehah walau dihimpit dengan arus kemodenan ini.

Mendengarkan jawapan daripada lelaki kedua itu membuatkan wanita itu saling berpandangan dengan ayahnya. Ada sedikit rasa yang menjentik hati wanita tersebut. Kemudian wanita tersebut menundukkan kepalanya. Wanita tersebut menantikan jawapan daripada lelaki ketiga.

Jawapan daripada lelaki ketiga :

Saya nak kahwin dengan awak supaya saya dapat memimpin tangan awak untuk melintas jalan!

Dan wanita tersebut terpana mendengarkan jawapan tersebut.

Dan akhirnya lelaki ketiga tersebut diterima pinangannya. Lelaki ketiga yang sememangnya tak punya jawapan untuk menjelaskan sebab yang kukuh terhadap persoalan tersebut memilih jawapan itu kerna melihat wanita tersebut bersusah payah melintas jalan. Dan tanpa disangka, jawapan tersebut berjaya menarik perhatian wanita tersebut.



Moral dari kisah ini :

Sebenarnya wanita ini unik dan sukar dijangka. Kadang kala, dengan hanya sebuah jawapan yang pelik bagi pendengaran kita mendatangkan makna yang cukup besar bagi mereka. Sayangilah wanita sebaik-baiknya ek!!!!!




No comments: