Monday, 24 June 2013

khabar duka, al-fatihah


Sejak pagi tadi cuaca sangat2 berkabus dan mendung jer. Dari tingkap office nih, Merah tengok suasana sangat2 suram dan kelam. Datang kerja pun dalam keadaan tak bersemangat dan malas yang melampau-lampau. Huhuhuhuhu. 

Tadi waktu lunch Merah baru jer makan koew tiau basah sesuap, kemudian handphone  Merah berbunyi. Ada mesej dari Cik Kakak.

"Merah, pak ndak dah meninggal tadi. Jenazah simpan pukul 6pm."

Inna Lillahi wa inna ilayhi Raji un

Tinggggg..!!!!

Sudu jatuh dari pegangan tangan. Menggigil seluruh badan. Baru semalam arwah keluar dari hospital. Merah ingat segalanya akan okep. Tupp2 meninggal dah.

Sejak kecil lagi, Merah memang cukup ramah-tamah dengan bapa2 saudara serta mak2 saudara Merah. Sebenarnya arwah adalah abang kepada Puan Mama. Puan Mama ialah anak bongsu daripada 9 orang adik beradik dan kesemua adik-beradik Puan Mama adalah lelaki.

Sungguh, Merah memang sangat2 rapat dan manja dengan arwah. Setiap kali berjumpa dengan arwah, Merah akan cepat2 bersalam dengan arwah sambil tersenyum-senyum. Dan arwah yang sememangnya cukup2 murah dengan senyuman akan membalas senyuman Merah sambil menggenggam erat tangan Merah. Dengan hanya bersalam dengan arwah, Merah dapat rasakan kasih sayang yang tak terhingga luasnya daripada arwah.

Untuk makluman semua, arwahlah yang membentuk Merah menjadi manusia yang sebegini sebenarnya. Ini kisah 4-5 tahun dahulu. Masa Merah mula2 mendapat tawaran untuk memasuki universiti, Merah rasakan impian Merah untuk bergelar mahasiswi tidak akan tercapai. Waktu itu family Merah sedang berdepan dengan masalah kewangan yang sangat2 meruncing. Setiap sen yang ada sangat2 berharga untuk tujuan yang lebih utama. Dan dengan penuh rasa sebaknya Merah katakan pada puan Mama.

"Takpalah Ma. Merah tak naklah sambung belajaq. Merah nak keja."

Walaupun sukar untuk Merah katakan, namun ayat tersebut terluncur juga dari mulut Merah.

Pabila arwah tahu tahu akan keputusan Merah, arwah cukup2 marah. Kata arwah peluang cuma datang sekali sahaja. Arwah cakap budak pandai macam Merah nih perlu belajar setinggi mungkin. Dan arwah cakap, budak nakal tapi manja seperti Merah ini cukup2 manis bila tersenyum. Tanpa lokek, arwah pinjamkan rm2000 untuk Merah gunakan bagi menyambung pelajaran.

Sungguh, Merah masih ingat tiap patah perkataan yang arwah pernah tuturkan pada Merah. Banyak kenangan dan memori yang cukup2 membuatkan Merah terasa akan kehilangan arwah. Mengingatkan semua itu sahaja telah membuatkan airmata Merah mula berlinang. Cukup2 sebak. Cukup2 terharu. Segala macam rasa mula meruntun hati Merah.

Namun, sebagai manusia, Merah mestilah redha dan terima segala yang tertakdir ini dengan seadanya. Dia Maha Berkuasa untuk menghidupkan atau mematikan makhlukNya. Sebagai insan, Merah cuma mampu mendoakan kesejahteraan arwah di alam 'sana'. Moga arwah ditempatkan di dalam golongan yang berada di dalam keredhaanNya. Amin.





No comments: