Monday, 15 July 2013

aduhai sahabat, bertabahlah. Teruskan langkahmu sayang.!


Assalamualaikum wbt.

Dia sahabat yang paling Merah sayang..!

Dia sahabat yang selalu peduli akan keadaan Merah..!

Dia sahabat yang selalu ada dikala sahabat2 yang lain tak mampu berada di samping Merah..!

Dia sahabat yang Merah sayang tanpa ragu2 dengan sepenuh hati Merah..!

Dan Merah benar2 menyayangi dia kerna Allah.


Terkadang Merah rasakan bahawa Merah ini bukanlah sahabat yang terbaik kepada dia. Di saat dia sering kali memberikan itu dan ini kepada Merah, Merah cuma menerima tanpa membalas apa2 kepada dia. Merah sahabat yang tidak peka agaknya. Walaupun Merah dapat rasakan dia sedang di dalam kegalauan rasa, Merah tak juga bertanya apa2 kepada dia. Merah cuma berdiam diri cuma. Merah cuma memerhati dari kejauhan sahaja. Merah cuma membekukan hati dan membatukan diri tanpa berbuat apa2. Aduh, sahabat yang sebagaimanakah Merah ini?

Dan semalam, Merah tekadkan diri untuk menghubungi dia. Mendengar sahaja suara dia, mengundang sebak yang tak tertahan di dada. Merah rindukan dia. Merah sayangkan dia. Merah cintakan dia kerana Allah swt.

Dan seperti biasa, jawapan yang dia berikan tetap sama. Merah tahu ada sesuatu yang mengganggu fikiran dia dan menyebabkan dia gelisah. Merah tahu bahawa dia sedang bersedih. Merah tahu segala-galanya, namun Merah tak mampu nak mengucapkan apa2. Merah cuma tahu ketawa dan berpura-pura segalanya okey2 sahaja.


Dear sahabat,

Mengapa menangis? mengapa berduka? 
jangan pernah merasakan Tuhan tak lagi endah, 
tak lagi sudi memandang dan tak lagi kasih kepada kita..
ingatlah dan pujuklah jiwa yang kosong itu, 
Allah tidak akan membebani seseorang 
melainkan sesuai dengan kemampuannya. 
Apapun yang kita hadapi dalam hidup ini 
berusahalah untuk ikhlas 
dan harus ingat bahawa kita dihadapkan 
pada situasi di mana kita dapat melaluinya 
dengan kebajikan dan kesabaran. 
memang tidak dapat dinafikan kesabaran 
dan ketabahan sangat sukar untuk dilakukan 
dan musibah itu amatlah perit dan berat untuk dipikul. 
namun semailah benih keyakinan dalam diri kita yang lemah ini. 
yakinlah Allah akan menolong jika kita teguh dalam keyakinan. 
masih ingat lagi akan bait-bait ayat cinta Allah?

 " jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. dan sesungguhnya demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu' iaitu orang-orang yang menyakini bahawa mereka akan kembali kepadaNya. " (Al-Baqarah : 45-46).

P/s : Sahabat yang saya sayang kerana Allah itu ialah Aina Amani Binti Juniat :)



No comments: