Friday, 5 July 2013

Bila demam bertandang.


Sejak semalam badan rasa macam dipijak-pijak dek raksasa. Huhuhu. Sakit + lenguh + lesu sampai rasa nak pengsan dengan tiba2. Mungkin letih sangat kot. Banyak sangat benda yang perlu diuruskan oleh Merah. Selalunya kalau badan tak sihat, mata nih mudah jer nak lelap tanpa perlukan bantuan dari Encik Panadol. Tak sempat nak berangan-angan, mesti mata dah terlelap. Tapi semalam lain pulak jadinya. Dah telan Encik panadol sampai 2 biji pun, mata nih tetap terbuntang. Perhhhhhh, mecabar iman sungguh.

Pagi2 tadi datang office dengan muka ala2 watak utama citer2 hantu yang seram tahap petala kelapan. Nak melihat muka sendiri kat cermin pun Merah rasa cuak. Dengan mata bengkak sampai sepet melampau-lampau, bawah mata sampai lebam macam kena tumbuk dek king kong, dan yang paling tragik, muka memang sememeh habis.

Dari pagi tadi Merah cuma baring jer. Badan sangat2 lesu dan Merah memang tak mampu nak fikir apa2. Dan bila dah nazak sampai camnih, Merah tepaksa merawat diri sendiri.

Tadaaaaaa..!


Merah masukkan hot and cold pack nih dalam peti sejuk. Kemudian demah kat dahi, bahu, leher dan kepala. Alhamdulillah, rasa segar sikit. Hilang rasa penat2 yang melesukan badan Merah. Yang buah orange tuh adalah pelakon tambahan. Hehehehe. Tadi lepas lunch Merah rasa nak muntah sangat2. Mula2 Merah pura2 cool jer, tak sampai dua minit Merah cepat2 lari ke toilet. Dan seperti biasa, bergelen-gelen muntah yang selamat keluar dari perut merah.

Jadi Merah makan orange sambil kesat2 airmata. Kemudian sambung baring2 sambil dengar surah Ar-Rahman yang dibacakan oleh Encik Mohammad Taha Al-Junaid yang sememangnya punya tempat yang begitu special di hati Merah. Ecececece..!!!!

Dan sekarang rasa okep sikit. Dah kebah sikit demam nih kot. Esok cuti, jadi malam nih Merah nak tidoq sungguh2. Hahahahah, silalah jeles dengan Merah ek..!!!





No comments: