Monday, 1 July 2013

Ceritera tentang HARAPAN dan AKU


Kadang2 terasa seperti mati.

Kadang2 pula terasa seperti manusia yang kaku akan emosi.

Dan kadang2 terasa seperti sunyi yang maha menghantui segenap diri.

Aku juga manusia!

Aku juga punya hati dan rasa!

Dan aku juga akan tersakiti kalau berkali-kali dihadapkan dengan pelbagai momokan yang tak terperi rasanya.

Mengapa mesti begini?

........................................................................................................................




Sepanjang hidup ini, aku sudah terbiasa dengan melodi yang hingar-bingar itu. Jeritan, pekikan dan makian sudah sebati menghuni kalam hati ini. Bunyi2 yang menyentakkan hati itu telah lama membunuh sekeping jasad ini. Ia telah mati dan kaku tanpa siapa2 menyedari. Konon-kononnya aku cukup tabah untuk berdepan dengan semua ini. Konon-kononnya aku cukup kuat untuk menjadi tidak peduli. Dan kerana konon2 itulah, hati ini berkecai dan tak mungkin bercantum lagi.

Pada bulan aku bisikkan rasa hati. Pada malam yang kelam aku ungkapkan keinginan di hati. Pada rintik2 hujan yang halus, aku suarakan segala yang tersimpan di hati. Namun semuanya masih sama. Semuanya masih menyeksa emosi ini. Semuanya masih sedang menyakiti hati ini. Lantas aku memilih untuk berdiri di dalam hujan yang menggila. Aku ingin air hujan yang keras itu menghenyak jasad ini agar kembali tersedar dari kelam yang panjang itu. Aku ingin jasad ini menjadi semakin kuat dan utuh dari sebarang hentaman rasa itu. Dan sememangnya aku ingin turut menangis, meraung dan memekik di dalam hujan yang menggila itu tanpa pengetahuan siapa2. Biar air mata ini mencuci segala luka2 yang berdarah dan bernanah ini.!!

Bukan sekali dua aku aku berperasaan begini. Sebaliknya sepanjang kedewasaan ini aku dihimpit rasa yang sama. Rasa yang meratah secebis tabah yang bersusah payah aku bina. Rasa yang sewenang-wenangnya menenggelamkan jati diri seorang manusia seperti aku. Cukup lemas, cukup renyah dan cukup2 melelahkan jasad yang kaku ini..!

Terkadang keinginan aku cukup2 jauh menyimpang dari kenyataan yang sememangnya terlalu sukar untuk diungkapkan. Aku ingin lelaki yang bernama ayah itu pergi sejauh mungkin dari hidup aku. Aku tak perlukan seorang ayah yang cuma terletak atas nama sahaja. Rasa benci yang bersarang sejak dahulu lagi ini benar2 menyeksa hati ini. Berkali-kali aku bisikkan pada hati agar memaafkan lelaki itu agar aku bisa lebih tenang dan nyaman meneruskan hidup ini. Namun, saban hari aku berhidup dengan pekikan dan makian itu. Saban hari aku bertahan dengan suara2 yang memikik dan penuh dengan kata2 yang kesat itu.

Khabarkan pada aku, bagaimana aku harus berhidup dengan semua ini? Khabarkan pada aku bagaimana aku harus bertahan untuk menjadi kuat dan tabah tanpa terusik walau secarik rasa sakit? Tangisan aku dah tak punya nilai di hati dia. Bukankah setiap anak perlukan perhatian dan kasih sayang dari seorang bapa? Sungguh, aku langsung tak pernah tahu akan semua itu. Aku tak punya memori2 indah seperti manusia2 lain. Aku cuma mengenal kasih seorang ibu sepanjang kehidupan ini.

Mereka2 yang tak pernah berada di tempat aku ini sememangnya cukup2 teruja untuk melabelkan aku dengan pelbagai gelaran seolah-olah mereka2 ini benar2 paham akan segala yang pernah aku hadapi ini. Aku ingin sekali tanyakan pada dia, untuk apa membiarkan aku terus berhidup andai ingin melihat aku terseksa? Bukankah peranan seorang ayah itu ialah untuk melindungi anak-anaknya? Bukankah peranan seorang ayah itu ialah untuk memastikan anak-anaknya sentiasa gembira? Bukankah peranan seorang ayah itu ialah untuk menjadi teladan yang terbaik untuk anak-anaknya?

Aku tak pernah meminta itu dan ini. Aku tak pernah menyesal dilahirkan di dunia ini kerna aku punya ibu yang cukup2 memahami. Aku punya ibu yang tak putus2 menyayangi. Namun sampai bilakah aku mampu membiarkan  si durjana itu menyakiti aku dan ibu?

Lalu aku menangis tanpa henti. Aku tak punya kuasa untuk menghentikan suara2 jerkahan itu. Aku tak berdaya untuk melakukan apa2 melainkan menangis dan terus menangis lagi. Pabila airmata ini kering, aku bisikkan pada diri bahawa bahagia itu ada untuk aku nanti.

Sejujurnya aku pernah berharap untuk menjadi dewasa secepat mungkin. Tujuan aku cuma satu, aku ingin lari sejauh mungkin. Aku tak ingin berterusan dihimpit dengan suara2 yang menggila itu. Aku ingin bebas dari sebarang rasa yang mencarik-carik sekeping hati ini. Aku dah tak mampu untuk bertahan lagi. Aku dah tak berdaya untuk berpura-pura bahawa segalanya baik2 belaka lagi.

Dan kini, aku cuma mampu memandang dengan sepi. Pada DIA aku hamburkan segala derita. Pada DIA aku ungkapkan segala rasa yang tak pernah aku ceritakan pada sesiapa. Dan pada DIA aku bisikkan segala ceritera tentang rasa yang tak sudah2 mencengkam jiwa. 





Sumber : Wanita tanpa nama





No comments: