Thursday, 4 July 2013

Dengan mengingati Allah hati jadi tenang




Dua tiga hari nih rasa macam ada benda yang kurang. Rasa macam ada yang tak cukup di dalam hidup nih. Segala-galanya rasa gundah dan sedikit demi sedikit, tumpuan seolah-olah hilang. Nih adalah perasaan yang paling Merah benci sebab perasaan ini akan mengekori Merah ke mana sahaja. Contohnya semalam nak buat nasi goreng. Kupas bawang + cili untuk ditumbuk. Kemudian dengan yakinnya Merah masukkan halia dan lengkuas ke dalam lesung batu. Lepas tumbuk hampir lumat baru Merah tersedar akan keterlanjuran Merah. Apa motifnya masukkan halia dan lengkuas ke dalam lesung batu kalau sekadar nak buat nasi goreng biasa2 jer.?

Itu kira okey ler jugak. Tak der la nampak mendatangkan kemusnahan kepada tubuh badan sangat kan. Pagi tadi masa nak berkumur-kumur, Merah tuang satu tudung Dettol Antiseptic dengan yakinnya. Dan tangan dengan yakinnya nak curahkan ke dalam mulut untuk berkumur-kumur. Nasib baik masa tuh Cik Adek lalu depan bilik air dan tegur Merah. Kalau tak memang dah lama Merah masukkan dettol tuh dalam mulut.

Tengok, mudah kan tumpuan Merah hilang?

Bukan tu jer, perasaan pulak jadi halus secara melampau-lampau. Kadang2 kerana isu2 picisan jer nak nangis. Semua benda rasa tak kena. Tu belom lagi kes nak bawak diri jauh2 sebab kecik hati dengan orang2 sekeliling Merah nih. Bila fikir2 balik, rasa macam ada ketidaknormalan pulak pada diri ni. Huhuhuhu.

Bila waktu2 macam nih, Merah memang perlukan seseorang untuk menjadi pendengar yang setia. Merah tak mintak banyak, Merah cuma nak seseorang untuk mendengar jer segala celoteh Merah. Rasa yang menggila di dalam hati tuh perlu ditenteramkan secepat mungkin agar Merah bisa berhidup dengan aman dan tenteram. 

Dan semalam Merah tak dapat bercerita pada sesiapa pun. Merah faham. Semua orang sibuk. Semua orang ada urusan2 yang lebih penting dan utama berbanding Merah. Semua orang tak dapat nak layan cakap2 Merah. Dan semalam juga Merah sedar sesuatu, jangan mengharap pada apa2 selain dari Dia Yang Maha Kuasa. Jangan bebankan insan2 lain dengan masalah yang remeh2 nih.

Pada DIA Merah titipkan secebis doa. Pada DIA Merah hamburkan segala rasa yang mengocak hati ini dengan 1001 rasa yang tak tertahan di jiwa. Alhamdulillah, segala rasa yang berserabut di jiwa ini semakin pudar dengan hanya mengingati DIA.



Nuffnang Ads
bila kau memandang segalanya dari Tuhanmu,
yang mencipta segalanya,
yang menimpakan ujian,
yang menimbulkan sakit hatimu,
yang membuatkan keinginanmu terhalang,
serta menyusahkan hidupmu,
pasti akan damailah hatimu
kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan
segalanya untuk sesuatu yang sia-sia,
bukan Allah tak tahu deritanya hidupmu,
retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang Dia mahu
kerana Dia tahu hati yang sebeginilah
selalunya lebih hidup
dan mudah untuk hampir dengan-Nya
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments: