Friday, 19 July 2013

dulu vs sekarang


Assalamualaikum wbt.

Pejam celik pejam celik, dah 10 hari kita semua berpuasa kan.! Serius, Merah rasa masa berlalu sangat2 cepat dan pantas. Terasa baru semalam Merah nangis2 sebab tak nak bangun sahur bila Puan Mama kejut. Terasa baru semalam Merah tolong Puan Mama buat kuih bahulu atau kuih loyang manis. Dan terasa baru semalam Merah dan adik beradik perempuan yang lain memilih untuk memakai baru raya yang sedondon ala2 kumpulan boria yang meletops gitu.



Realitinya, itu semua ialah kenangan sepuluh tahun dahulu agaknya. Dulu2 memang ler semua kuih majoritinya adalah hasil air tangan sendiri. Tapi sekarang, memang semua tunjuk2 jer. Selain kekangan masa, faktor tenaga jugak diambil kira. Jadi, Merah dan keluarga selalunya main beli jer mana2 kuih yang menjadi pebret atau kesukaan mana2 pihak. Kalau dulu2, baju raya memang Puan Mama yang uruskan. Daripada urusan membeli kain sehinggalah proses menjahit. Tapi sekarang kami adik beradik lebih suka untuk membeli baju yang dah siap kerna masing2 dah punya kerja dan duit masing2. 

Seyes, bukan Merah tak suka kalau2 Puan Mama yang jahitkan baju, tetapi Merah tak nak mencuri masa dan tenaga Puan Mama hanya kerana sehelai baju yang nak dipakai pada hari raya. Cukuplah pengorbanan yang Puan Mama lakukan untuk Merah. Merah tak nak bebankan Puan Mama lagi. Biarlah Puan Mama berehat-rehat sambil melakukan aktiviti2 yang digemari oleh beliau.

Ehhhhh, panjang pulak intro kali nih kan? Huhuhuhuhu.

Okep, sebenarnya Merah nak ceritakan perbezaan di antara zaman dulu2 dengan zaman sekarang. Semua point2 yang Merah nak cerita nih adalah berdasarkan pengalaman Merah sendiri. Kalau Merah renungkan kembali diri Merah yang dahulu dengan yang sekarang, banyak sangat2 perbezaan yang terdapat pada diri Merah. Kata orang, semakin dewasa seseorang itu, semakin berubah selera dan citarasanya. Jom tengok apa yang berbeza sangat tuh..!!!

Pakaian

Kalau dulu2 Merah memang sangat2 berminat dengan pakaian ala2 kebaratan gitu. Merah cukup2 suka kalau dapat pakai skrit dengan singlet sebab Merah rasa Merah cantik pakai cam tuh. Heheheheh, masa tuh budak2 lagi, jadik perasan diri itu cantik adalah wajib. Lagi pulak Merah adalah manusia yang sangat2 terpengaruh dengan citer sailormoon dan obses dengan anak patung barbie. Jadi tak hairanlah kalau Merah memang minat gaya2 macam tuh.


Tapi kalau sekarang masih mempunyai minat sebegitu, wajarlah jika Merah diberikan kaunseling untuk merawat keterujaan melampau terhadap sailormoon atau barbie doll. Huhuhuhu.

Sekarang nih Merah lebih selesa jika memakai pakaian yang lebih longgar dan labuh. Bukan sebab Merah nak berpura-pura sopan atau menjadi ustazah pilihan, tetapi perasaan malu yang menebal di dalam diri yang mengubah pemakaian Merah. Merah tak kisah memakai baju kurung atau jubah bila keluar dari ruimah. Asalkan ianya selesa dan menutup aurat, itu dah memadai bagi Merah. Kadang2 Merah slumber jer pergi ke pasar dengan mengenakan jubah ataupun memakai jubah untuk ke Jusco, Tesco, Giant atau berkelah ke tepi pantai. 

Make-up

Sewaktu bergelar seorang kanak2 suatu masa dahulu, Merah cukup sukakan alat2 make-up. Alat solek yang menjadi kegemaran Merah mestilah lipstik. Rasanya berlonggok-longgok lipstik Puan Mama yang menjadi mangsa kerakusan Merah. Kalau boleh Merah nak bibir Merah terang giler2 sebab nak nampak cantik macam retis2 kat majalah tuh. Bedak, pewarna pipi, celak dan segala jenis khazanah yang bergelar alat solek memang menjadi keterujaan buat Merah. Yang paling lawaknya, Merah tak sabar2 nak jadik dewasa sebab nak pakai alat2 solek nih selalu.

Tapi kan, bila dah menginjak usia dewasa, Merah memang anti nak bermake-up nih. Muka memang sememeh habis. Time orang lain pakat berpusu-pusu ke pasaraya dan terjah ke bahagian alat solek, Merah lebih suka ke Popular untuk membeli buku. Kalau orang lain ada alat make-up sampai satu beg, Merah cuma ada krim muka safi yang digunakan sebagai pelindung uv, bedak silky white yang jarang2 guna dan lips balm sebatang. Yang ohsemmnyer, Merah cuma guna lips balm jer waktu pergi kerja. Hahahaha.

Kasut

Merah memang sangat2 suka beli kasut. Kalau time kecik2 dulu, Merah memang suka kasut tumit tinggi. Kalau boleh Merah nak kasut tuh tinggi sangat2, baru ler nampak bergaya. Sadis kan pemikiran seorang budak seperti Merah nih. Huhuhuhuhu. Selain itu jugak, Merah sukakan kasut yang berkilat, ada bunga2, ada riben, dan warnanya mestilah terang. Dan bagi melengkapkan imaginasi seorang budak yang cantik, kasut itu perlulah berwarna merah jambu. Perhhhhhh, rasa loya pulak bila difikirkan balik.

Tapi sekarang, Merah sukakan kasut yang simple dan ringkas. Merah cuma ada sepasang kasut yang bertumit tinggi, tetapi ianya telah berada di dalam stor sejak 3 tahun yang lalu.Giler benor nak memakai kasut bertumit tinggi nih. Dengan ketinggian 167cm nih, Merah rasa macam monster pulak kalau pakai kasut tumit tinggi.

Perjalanan hidup Merah ini penuh dengan sifat2 yang sementara. Sukakan sesuatu yang cuma sementara sebenarnya. Bagi Merah, tak salah jika kita berubah menyukai sesuatu yang berlainan dari kebiasaan, asalkan ianya tak memudaratkan diri. Perubahan untuk kebaikan itu sangat-sangatlah digalakkan sebenarnya. Itu adalah lumrah di dalam kehidupan yang sementara ini.

Setiap manusia pasti punya keinginan yang bermacam-macam. Namun, setiap dari manusia itu juga pasti punya sedikit rasa di dalam diri mereka untuk berubah ke arah yang lebih baik. Sejujurmnya, tak perlu untuk merasa takut atau panik dengan kritikan atau teguran sewaktu mula2 melangkah ke jalan yang lebih baik itu. Tak salah rasanya menggantikan skrit dengan jubah jika perubahan itu dapat memberikan rasa bertuhan yang mendalam di dalam diri kita kan?

Kita semua sama sebenarnya. Mungkin berbeza silamnya. Mungkin berbeza pendapatnya. Mungkin berbeza pengalamannya. Mungkin berbeza penerimaannya. Tapi, kita semua pasti punya matlamat yang sama iaitu mengejar keredhaan dan ketenangan di negeri abadi. Insyaallah, kita pasti berjaya.








No comments: