Wednesday, 10 July 2013

Ini Ramadhan pertama


Ini ramadhan pertama.

Dan ini airmata untuk 1 Ramadhan 1434.
Bukan merajuk dan bukan minta dipujuk.
Tapi hati ini sebenarnya terlalu berkecil hati.
Hati ini dah terlalu lama menyimpan cerita2 duka.
Dan akhirnya airmata pun berguguran.

Di sebalik wanita yang nampak baik itu,
tersimpan segumpal dendam.
Di sebalik wanita yang menjadi teladan itu,
tersimpan 1001 benci yang bersarang di hati.

Wajarkah begini duhai diri?

Ini Ramadhan pertama.!!!

Berkali-kali ku asak soalan yang sama pada diri ini,
Mengapa tergamak untuk terus menyakiti?
Bukankah sifatnya haruslah melindungi?
Bukankah tanggungjawabnya untuk memberi?
Bukankah sepatutnya dia menyayangi?
Bukahkah selayaknya dia mengasihi?

Namun, kenapa ianya cukup berlawanan sekali?

Ini Ramadhan pertama..!!

Perlukah menyakiti sehingga sebegini?








No comments: