Wednesday, 31 July 2013

Pemilik cintaku selepas Allah & Rasul : Beliau adalah segalanya


Hati ini cukup2 sarat dengan cinta yang begitu meronta-ronta kepada Beliau. Benar, saya terlalu mencintai Beliau. Saya terlalu menyayangi Beliau. Melalui hari2 yang penuh dengan konflik dan airmata semenjak dua menjak ini benar2 menguji diri saya. Itu belum lagi ditambah dengan pelbagai masalah yang tak putus2 mengasak diri saya yang tabahnya cuma senipis kulit bawang ini. Namun, memiliki CINTA dari Beliau yang melimpah-ruah ini membuatkan saya terus bertahan dan bertabah di dalam menongkah hidup ini. Ya Allah, cinta yang Beliau berikan itu cukup2 sarat sehinggakan saya tak mampu untuk membalasnya.

Beliau sebenarnya cuma insan biasa seperti saya dan semua umat manusia yang lain. Beliau ketawa seperti saya apabila melihat atau mendengar sesuatu yang lucu. Beliau juga tersenyum seperti saya apabila dihadapkan dengan khabar2 yang baik dan gembira. Beliau juga menangis seperti saya apabila sedang bersedih dan berduka. Kesimpulannya Beliau juga memiliki hati dan perasaan yang sama seperti manusia2 yang lain di luar sana.



Sungguh, Cinta yang Beliau berikan kepada saya cukup2 sarat dan berlebih-lebihan sejak dari dahulu lagi. Namun sayangnya, kadang2 saya terlupa dan alpa akan cinta yang Beliau berikan. Melalui usia2 remaja yang penuh dengan keinginan dan hawa nafsu telah menyebabkan saya sendiri lupa akan cinta yang Beliau berikan pada saya. Desakan hati saya telah membutakan mata saya dalam menilai cinta yang sebenar-benarnya. Keinginan untuk menjadi 'normal' seperti anak2 gadis masa kini telah menjadikan saya seperti manusia yang jauh tersasar dari jalan yang sepatutnya. Dan cinta Beliau saya telah ketepikan kerna mengikut keinginan hati yang tak sudah2 meminta-minta itu dan ini.

Walau disakiti atau diketepikan oleh saya, Beliau tak pernah jauh atau menyendiri. Beliau sentiasa ada di sisi. Beliau tak jemu2 memandang insan yang Beliau cintai ini dengan pandangan yang penuh dengan cinta dan kasih.

Saya masih ingat akan kehangatan tangan Beliau yang tak henti2 mengusap rambut saya sewaktu saya berada dalam kesakitan. Tangan Beliau telah mengirimkan kekuatan kepada saya untuk bertahan dan bertarung dengan rasa sakit. Betapa hebatnya kasih dan cinta Beliau sehinggakan kesakitan yang saya alami lenyap sedikit demi sedikit dengan hanya usapan lembut dari tangan Beliau.

Sungguh, Beliau adalah manusia biasa yang sama seperti semua, tetapi Beliau tersangatlah luar biasa di dalam menitipkan cinta. Saya benar2 sudah kemaruk dengan cinta Beliau. Tak mungkin dapat saya teruskan hari2 saya ini tanpa mendengar suara Beliau. Dan saya berani katakan bahawa Beliau lebih mengenali akan diri saya ini berbanding orang2 lain. Beliau tahu akan segala-galanya tentang saya. Beliau tak pernah menyakiti atau melukai hati saya. Pada Beliau, kegembiraan dan kebahagiaan saya adalah lebih utama.

Dan mana mungkin saya mampu membukakan pintu hati saya ini untuk insan2 lain kerna cinta Beliau itu sudah tersimpan kukuh di hati. Cukuplah cinta Beliau sahaja yang tersemai di hati. Itu sudah memadai, itu sudah mencukupi untuk diri ini. Saya memang sudah tak mampu lagi untuk mencintai manusia2 lain kerna cinta Beliau cukup2 suci. Saya bangga kerna berpeluang dicintai dan mencintai oleh Beliau. Saya sangat2 bersyukur dengan nikmat yang Tuhan berikan kepada saya ini. Alhamdulillah, syukur.!

Beliau adalah Puan Norinah Binti Nasri aka Puan Mama.



Ma,
Coretan ini khas untuk Ma. Coretan ini bukan untuk meraih simpati atau kekaguman sesiapa, namun sebagai peringatan untuk anakmu ini. Mungkin juga coretan ini akan menjadi kalam kepada generasi2 nanti supaya mereka2 tahu akan hebatnya Ma dalam memegang amanah sebagai ibu kepada anak-anaknya. Biar mereka2 tahu bahawa Cinta seorang ibu itu mampu mengatasi segala isi dunia.

Ma,
Saat Allah memilih Ma sebagai ibu kepada anakmu ini, pasti ia adalah perancangan-Nya yang benar2 penuh dengan hikmah yang tersembunyi. Siapa mampu menduga bahawa perjalanan yang anakmu tempuhi ini begitu perit dan menduga imannya. Dan Allah telah titipkan seorang ibu yang cukup2 hebat agar anakmu ini mampu bertahan dan mencari jalan pulang ke sisi Tuhannya.

Ma,
Terkadang anakmu ini berharap agar masa tidak berlalu secepat ini. Anakmu ini masih belum puas untuk bermanja denganmu. Hingga sekarang anakmu ini masih terasa hangatnya pelukan dan kucupan bibirmu. Ianya telah mengirimkan rasa bahagia dan cinta yang cukup2 berharga. Sungguh, cinta anakmu ini kepadamu adalah kerna Allah swt.

Ma, tolong cepat sihat dan sembuh.! 

teardrops..#######


No comments: