Friday, 12 July 2013

sanah helwah Muhammad Hariz Afzan


10 JULAI 2013 ataupun 1 RAMADHAN 1434 merupakan tarikh penting untuk family Merah yang super duper ohsemm nih. Si kecil Hariz dan cecah umur 1 tahun. Sejak2 dah pandai berjalan nih, semua benda Budak Hariz nih nak panjat atau capai. Bangku, meja, televisyen, rak buku, almari dan segala benda yang ada kat rumah tuh dia nak panjat. Yang paling ohsem ialah bila Merah sedang bermain-main dengan Budak Hariz nih, kemudian Merah toleh ke kanan jap untuk ambil henpon. Dan bila Merah pandang Budak Hariz nih, dia dah panjat kusyen sambil senyum2 sampai ke telinga. Perhhhhh, memang mengundang kekaguman yang tinggi betoi Budak Hariz nih.


senyuman yang giler ohsemmm..!!

Tapi kan, bila fikir2 balik, itu sifat semulajadi seorang budak. Budak2 nih akan belajar dari pengalaman2 yang mereka pernah lalui. Bila sesuatu perbuatan yang mereka lakukan menyebabkan kesakitan kepada mereka, insyaallah, mereka tak akan mengulangi perbuatan yang sama.

Kadang2 bila Merah tak balik kampung, rasa rindu sangat2 kat Budak Hariz nih. Serius, Merah rindu nak main kejar2 dengan dia, rindu nak usik2 dia, rindu nak suap2 makanan kat dia dan rindu nak gomol2 dia yang BOLAT dan GEBU nih. Dan yang paling utama, rindu nak nyanyi2 kat dia. Merah bangga giler bila Mama Hariz nih cakap,

"Ummi jer yang pandai nyanyi dan dodoikan Hariz nih. Yang lain semuanya suara ala2 tak masuk dek akal."

Huhuhuhuhu, maaf sebab rasa riak sebentar.  Astaga.

Kepada Muhammad Hariz Afzan,

Ummi impikan segala yang terbaik akan mengiringi langkah Hariz,
Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji, 
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
ilmu yang berguna,
dan hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.


SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN HARIZ..!!!

UMMI SAYANG HARIZ BANYAK2..!!!







No comments: