Friday, 12 July 2013

Sebenarnya mereka2 itu EX saya



Dasat tak tajuk kat atas tuh. Perhhhhhh, ala2 novel 'sebenarnya saya isteri dia' pulak, tapi dalam versi lain. Hehehehhe, silalah tabahkan hati dan tenangkan diri anda2 semua ek. Sebelum Merah citer banyak2 kat sini, Merah nak anda2 semua tau bahawa saya bukan kasanovi tau. 

Jap..Jap...

Boleh ker kalau Merah tukarkan kasanova kepada kasanovi hanya kerana Merah nak gambarkan watak perempuan? Daripada kita semua dok pening2 fikir, baik kita abaikan jer kan, lagi mudah!

Sepanjang hidup Merah nih, Merah kenal ramai kawan, sahabat, teman, rakan dan seangkatan dengannya. Ada yang Merah pernah jumpak face to face, ada yang Merah kenal melalui chatting jer, ada yang Merah kenal melalui perbualan telefon dan ada yang Merah kenal melalui kenalan atas kenalan. Tapi kan, walau macam mana pun Merah kenal mereka2 ini, Merah tetap sayang mereka2 ini macam sahabat2 yang lain.

Okep, sekarang kita berbalik kepada tajuk utama ek!

Hari tuh masa jalan2 kat pasaraya Merah nampak seseorang yang Merah kenal melalui kenalan atas kenalan. Mula2 laju jer langkah nak p tegur dan bersembang sepatah dua. Baru jer nak pergi lebih dekat, Merah nampak sorang lagi insan yang Merah sangat2 kenal  sedang rancak berbual dengan dia. Melalui bahasa badan mereka, Merah tahu bahawa mereka datang berdua ke pasaraya. Masa tuh Merah rasa dikhianati. Mesti korang hairan kenapa Merah mesti rasa camtu kan?

Dulu, insan yang Merah kenal tuh ialah suami kepada sahabat Merah dan sorang lagi tuh sahabat kepada isteri si suami tuh. Merah ada dengar cerita mereka bercerai sebab orang ketiga daripada pihak si suami. Tak sangka pulak insan ketiga itu ialah rakan baik kepada sahabat Merah yang selalu sahabat Merah luahkan rasa sedih dia. Seyes, kalau nak rampas suami orang pun, agak2 ler wehhhh. 

Kemudian Cik Adek tiba2 tegur Merah.

'Ehhhh, tu bukan kawan hang ka?"

Tahu tak Merah jawab apa? Hehehhehehe

"Sebenarnya dia EX Merah la."

Selain wanita bertuah itu, ramai lagi yang telah dijadikan EX Merah kerana beberapa tingkah laku yang benar2 mengguris dan menyakiti hyati Merah. Japppp....jappp...! Mesti korang ingat yang Merah nih berlagak dan perasan bagus dalam menjalinkan hubungan kan?

Please yer, sila berada di tempat Merah sebelum berani2 mengeluarkan statement2 sebegitu rupa ek. Sebenarnya Merah dah menjadi EX kepada rakan usrah Merah yang memfitnah Merah. Merah juga telah menjadi EX kepada seorang lelaki yang mengkhianati Merah. Selain itu, Merah telah menjadi EX kepada beberapa sahabat yang Merah kenal sejak zaman sekolah2 dulu kerana sikap mereka2 yang pentingkan diri. Merah tak berdendam dengan mereka2 ini, cuma Merah dah tak reti nak bersahabat dengan mereka2 ini. 

Buat pengetahuan awak2 semua, Merah memang kenal mereka2 itu. Bukan Merah sengaja tak nak berhubung lagi dengan mereka, SEBENARNYA MEREKA2 ITU EX SAYA

Motif ler sangat buat entry yang mintak kena sepak camni kan.!







No comments: