Thursday, 25 July 2013

sila mengkhianati secara terang2


Merah punya seorang sahabat yang rapat dengan Merah sejak Merah form 1 lagi. Boleh dikatakan beliau adalah sebahagian daripada Merah. Di mana sahaja ada beliau, pasti Merah ada di sampingnya. Sejak zaman2 sekolah lagi, kami saling menyokong di antara satu sama lain. Merah bersahabat dengannya kerana Allah. Merah sayangkannya kerana Allah. Bagi Merah, beliau adalah sahabat yang Merah sanggup korbankan apa sahaja demi beliau.

Bukan Merah ingin mengungkit, tetapi Merah telah korbankan banyak benda demi beliau. Merah tak kisah kerna bagi Merah itulah pengorbanan yang perlu dibuat apabila bersahabat.

Dan semalam, terbentang suatu hakikat yang menghenyak diri Merah. Sewaktu kawan2 dari batch sekolah Merah sibuk menjemput kawan2 yang lain untuk reunion, Merah dikejutkan dengan pengkhianatan ini. Dan kerna berita itu, Merah moody sepanjang hari. Segala yang Merah lakukan sepanjang hari serba tak menjadi. Ya Allah, kenapa mesti begini..

Ini perasaan yang paling menyakitkan hati Merah. Terima kasih sebab mengkhianati Merah. Cuma satu jer pesan Merah untuk beliau, lain kali sila khianati Merah secara terang-terangan. Tak perlu nak sembunyi2 kerna insyaallah, Merah boleh terima kalau ianya dilakukan secara berhadapan.








No comments: