Monday, 12 August 2013

ALLAH tahu hatimu



Hati, jangan kau lekakan jiwa dengan angan-angan sedangkan masih terlalu banyak ilmu perlu jiwa ini raih.

Hati, jangan kau sibukkan dengan mengejar duniawi tapi kejarlah cinta pencipta dunia.

Hati, usah kau risaukan kesunyian kerana pasti akan dipertemukan teman sejati. Bersabarlah,perjalanan masih jauh. Teruskan amalanmu, hentikan angan-anganmu, teruslah berdoa dan berdoalah selalu...."



Saat kau letih & hilang semangat Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya.

Bila tangisanmu berpanjangan & hatimu kedukaan,sedarlah bahawa Allah telah mengira titisan airmata mu.

Bila kau merasa ketinggalan & masa meninggalkanmu,ingatlah bahawa Allah setia disisimu.

Bila tiada yang bererti buatmu & hatimu kecewa serta keliru, ketahuilah bahawa Allah ada jawapannya.

Belajarlah untuk mengukir senyuman tatkala mehnah menyapa hidupmu kerana disebalik semua itu terdapat sebutir mutiara hikmah yang telah disisipkan olehNya kepadamu".



Bukan Allah tak tahu derita hidupmu, 
retaknya hatimu, sengsaranya sukmamu. 
Mungkin itulah yang DIA mahukan 
kerana DIA tahu, 
hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak 
dan mudah untuk dekat & akrab antara DIA dan kamu ♥






No comments: