Thursday, 29 August 2013

Dunia oh dunia


Assalamualaikum wbt.

Uhukkkk..Uhukkkkk...Uhukkkk... (Batuk2 jap)

Hehehehehhe, konon2 nak cover line ler dengan alasan batuk dan tak sihat sebagai punca belog nih tak terhupdate. Itu semua adalah DUSTA belaka. Tuan punya tanah jajahan nih sebenarnya banyak sangat benda nak bagi komitmen sampai terpaksa menganaktirikan kalam terchenta nih.

Kalau nak citer tentang busy, semua orang busy, tapi orang2 lain tuh sempat jugak taip 2-3 patah benda kat belog depa. Kalau nak kata tenet problem, tuh memang menipu terang-terangan. Elok jer dok online kat facebook sepanjang hari tanpa sebarang kemelut yang melanda. Ece..cehh..cehhhh. Giler kentang betoi penggunaan ayat Merah sekarang nih. Over gitu..! Mencik..Mencik..!!!

Seyes, bermula dengan serangan dari hacker yang mengocak setting belog Merah nih, Merah dah tak dak mood nak hupdate apa2. Ingat nak tutup jer belog nih sebab Merah rasakan semakin hilang proivasi kat sini. Lama jugak dok fikir2 untuk tutup belog nih. Tup2 kawan Merah dapat kembalikan belog Merah ini seperti sediakala dari hacker yang ntah apa2 tuh. Bila setting dah okey, tuan tanah pulak yang rasa tak berminat nak menghupdate apa2. Hahahahha, patutnya Merah tutup jer belog nih kan daripada terbiar tak terurus.

Dan hari nih tiba2 rasa nak menulis something pulak. Tak pernah2 rajin dan gigih sebegini. Agaknya pagi2 tadi masa bangun tidur kepala Merah terhantuk bucu katil kot. Tuh yang buang tebiat nak hupdate belog tiba2 tuh.

Sekarang nih semua pakat2 dok mengutuk kekejaman yang berlaku kat mesir sana tuh, termasuklah Merah sendiri. Serius, Merah memang tak dapat nak tahan rasa marah + kecewa + geram + sedih bila melihat orang2 awam yang tak berdosa menjadi mangsa pembantaian orang2 yang berkuasa. Rileks jer main tembak2 orang awam tanpa sekelumit rasa berdosa. Dan yang buat Merah rasa lebih marah lagi ialah reaksi dari dunia. Perhhhhhhh, pakat2 rileks tengok kekejaman kat tv sambil dok komen itu dan ini. Agak-agak ler wehhh!!!!

Sememangnya hati mereka2 itu berpaksikan batu dan simen ek? Langsung tak tersentuh atau terdetik elemen2 kemanusiaan pabila dihadapkan dengan realiti yang cukup2 melemaskan mata yang memandang nih.

Tangisan mereka.

Jeritan mereka.

Airmata mereka.

Dan ratusan nyawa yang terkorban itu penuh dengan 1001 cerita. Yang paling membolak-balikkan hati Merah semestinya kanak2 yang menjadi mangsa kekejaman tangan2 yang kononnya gagah perkasa tuh.!

Merah tak mampu tolong apa2. Dan perasaan itu membuatkan Merah rasa nak menyalahkan diri sendiri. Mereka2 itu saudara2 Merah, namun Merah cuma mampu melihat, mendengar dan akhirnya cuma menitiskan airmata. Allah.

Sungguh, walau Merah tak mampu berbuat apa2 Merah masih mampu menolong untuk mendoakan mereka2. Moga Allah swt mempermudahkan segala urusan mereka. Moga dicekalkan hati dan keimanan mereka untuk mereka terus berjuang sehingga ketitisan darah terakhir mereka. Dan buat mereka2 yang kembali ke negeri abadi, semoga tenang nun di 'sana'. Insyaallah.

........................................................................................................................

Hari nih jugak Merah banyak terbaca tentang pemergian insan2 yang terpuji akhlak mereka ke pangkuan Sang Pencipta. Mereka terpilih untuk pulang ke sana dalam usia yang sangat2 muda. Mati itu pasti, namun bersediakah kita untuk melangkah ke alam sana?

Bagi Merah sendiri, perasaan takut itu memanglah sentiasa ada. Merah masih punya banyak dosa. Merah bukanlah manusia terpuji sebaliknya Merah rasakan bahawa diri Merah ini penuh dengan noda dan dosa. Bagaimana Merah ingin kembali ke pangkuan Sang pencipta dengan dosa yang membelenggu diri ini. Ya Allah, bantulah hambaMu ini untuk sentiasa teguh berada di jalanMu ini.

Dan hingga detik ini, masih banyak kekusutan yang tak dapat Merah rungkaikan di sini. Semuanya terlalu peribadi. 

Kehidupan ini sebenarnya singkat cuma. Ianya cuma terpisah oleh suatu garisan cuma. Dan garisan itu pula adalah pemisah di antara kehidupan dan kematian.


......................................................................................................................

Hari nih jugak Merah dengan yakinnya telah memohon untuk menjadi guru pasti tanpa berbincang dengan sesiapa pun. Walaupun belum ada feedback yang positif daripada pihak sana, Insyaallah peluang itu masih ada. Merah memang minat mengajar dan Merah memang sanggup mengetepikan gaji Merah sekarang ini untuk jawatan yang bagi mereka2 yang lain sebagai picisan sahaja.

Doakan Merah berjaya ek. Sekian.




No comments: