Wednesday, 11 September 2013

Belajar dari silam


Tadi belek2 handphone dengan gigihnya. Satu demi satu nota yang ditulis sejak 2-3 tahun dulu dibaca dengan penuh kusyuk. Kadang2  rasa nak tergelak pun ada jugak. Kadang2 ada jugak terselit rasa touching dan hiba yang berlebih-lebihan. Dan yang paling ajaibnya ialah bila diri sendiri tak percaya bahawa apa yang dibaca itu ditulis oleh diri sendiri.

Masa berlalu sangat2 cepat kan!

Dan silam itu cukup2 jauh untuk digapai dan dicorakkan semula mengikut adunan yang menjadi kehendak hati ini.

Ianya sudah 6 tahun berlalu.

Kalau ada anak yang umur 6 tahun, pasti anak itu sedang belajar di tadika kan..

Siapa sangka manusia yang kononnya lemah dan tak berdaya itu masih bisa berhidup dengan jayanya.

Siapa sangka manusia yang acapkali mengesat titis2 airmata itu bisa tersenyum dengan manisnya.

Siapa sangka manusia yang pernah terluka itu sedang ketawa dan berbahagia tanpa kesal akan silam yang penuh dengan segala macam perasaan yang tak dapat nak diungkapkan.!

Belajar dari silam. Insyaallah, pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebalik aturan2 hidup ini. Kita merancang, mereka merancang tetapi DIA adalah sebaik-baik Perancang.

Alhamdulillah, syukur sangat2 dengan ketentuan hidup sekarang ini.

Sungguh, enam tahunn yang dahulu itu adalah fasa untuk mencorakkan diri ke arah yang lebih baik dan lebih hebat daripada pelbagai segi.

Awak, saya sudah mampu berdiri sendiri tanpa terkesan dengan silam lagi..!


No comments: