Tuesday, 10 September 2013

Hari istimewa untuk mereka.!


Semalam ( 09 September 2013 ) ialah hari lahir Puan Mama yang tercinta. Bila masuk jer opis terus call Puan Mama untuk wish besday. Yang hebatnya ialah bila Puan Mama cakap : Merah adalah orang ke-4 yang wish besday kat Ma. 

Perhhhhhh, laju benor Puan President, Cik Adek dan Encik Adek call Puan Mama untuk wish besday. Huhuhuhuhu, jeles dengan mereka2 sebab lebih laju dan tangkas berbanding Merah.

Merah sempat buat kad besday Puan Mama sendiri seperti tahun2 yang dulu. Memang dari dulu lagi Merah tak pernah beli kad besday, sebaliknya Merah akan buat sendiri. Hari nih Merah lupa nak bawak gambar kad besday yang Merah buat tuh, nanti2 Merah akan tunjukkan ek.!

PUAN MAMA, SELAMAT HARI LAHIR!!!!

Ma, semoga segala yang terbaik menjadi milik ma. Semoga senyuman ma terus menyinari hari2 yang mendatang walau sang hujan dan mendung terkadang menghadirkan diri. Merah doakan yang baik2 untuk ma dan Merah akan sentiasa ada untuk menggenggam erat tangan ma. Melihat kedut2 di tangan ma menyedarkan Merah akan peredaran masa dan usia. Masih terasa hangatnya tangan ma mengusap lembut rambut Merah pabila Merah berbaring manja di sisi ma.

Ma, andai Merah tiada, ma mesti terus tersenyum dan berbahagia seperti hari2 istimewa ma. Dan insyaallah, kalau diberikan umur yang panjang, Merah ingin memimpin erat tangan ma sambil menatap kiblat umat islam di seluruh dunia itu. Sungguh, Merah benar2 ingin bersama-sama ma ke sana.


Dan hari nih pula ( 10 September 2013 ) ialah hari lahir sahabat Merah yang paling ohsemmmm, paling cute, paling cantekk, paling baik, paling sabar, paling pemurah dengan senyuman dan paling tip top dalam segala aspek. Perhhhhhh, macam ayat  bodek mintak belanja kepci + mekdi jer bunyinyer kan..kan..kan..!

Buat saudari yang menyambut hari tua anda pada hari ini, saya ucapkan SELAMAT HARI LAHIR tau. Insyaallah, moga yang baik2 akan menjadi milik saudari. Saya di sini akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saudari. Dan yang paling utama, moga hidup saudari akan diberkati oleh Allah swt.

Cehhhhh, aku guna kata ganti nama saudari tuh untuk hang naa. Silalah kagum sambil kesat2 airmata dengan tisu ek.

Naa,
Wishing you a very happy birthday..! May your day be filled with the warm sunshine of  LOVE. And the bright colors of laughter.!


P/s : Naa, agak2 bila aku dapat timang2 baby hang????



No comments: