Tuesday, 10 September 2013

Jangan Pandang Belakang


Assalamualaikum wbt.

Harap2 semua orang yang berada di muka bumi ini sihat2 dan baik2 sahaja hendaknya. Harap2 jugak semua orang sentiasa bahagia dan gembira di dalam kehidupan mereka.

Errrkkkkk, macam poyo jer statement Merah kan? Huhuhuhuhu

Please ler Merah, sila bertukar kepada diri kamu yang asal dan silalah kekal bersikap seperti sediakala. Usahlah mengundang sikap yang pelik2 camni ek..!

Dahhh... Dahh, kita stop mengarut dulu ek. Jom kita kembali ke laluan yang asal.

Cer awak2 semua buka tingkap or pintu rumah/opis masing2 sekarang nih. Mesti nampak pemandangan yang sama sejak minggu lepas kan. HUJAN..!! Yupppp, hujan yang tak henti2 sepanjang minggu lepas memang membuatkan Merah happy walaupun kain baju berbau masam sebab tak kena cahaya matahari. Hohohohoho, Merah tak kisah pun kalau hujan hari2. Seyes, Merah suka giler dengan hujan tahap jatuh cinta secara melampau-lampau.


Sejak dan capai umur yang sepatutnya sedang2 elok untuk menjadi seorang ibu nih, Merah cukup2 suka memandang hujan. Kalau dapat main hujan lagilah gumbira tahap tak hengat dunia. Walaupun bunyinya macam sedikit kurang warasnya, itu adalah hakikat. Dengan memandang titisan2 hujan, hati menjadi tenang. Alhamdulillah, tenang yang dicari-cari rupanya ada di sini. 

Okep, kita stop dulu bab2 hujan nih ek. Merah nak citer something sebenarnya.

Hari ahad lepas Merah kena masuk opis separuh hari. Tengah sibuk2 menulis Merah terdengar bunyi tapak kaki orang berlari-lari kat bilik belakang opis. Perhhhhhh, hari tuh cuma Merah sorang jer dalam opis. Mana ada manusia2 yang lain kat opis nih. Merah terus pasang lagu Broery Marantika yang Merah suka tuh, Biarlah Bulan Bicara tanpa sekelumit rasa insaf. Sepatutnya Merah pasang ayat2 al-quran kan, tapi disebabkan nebes tahap tak mampu berfikir dah, Merah hentam bukak lagu tuh. Please, janganlah tiru aksi Merah itu!

Pada detik itu, Merah mula menyetujui tajuk filem hantu yang pemes dulu iaitu Jangan Pandang Belakang. Seyes, memang Merah tak berani langsung nak pandang2 belakang. Jantung pulak rasa macam nak pecah keluar dari dada macam baru jer buat larian pusing stadium 10x. Dan tengah2 nebes tak hengat dunia tuh berlaku sesuatu yang tak diduga.


Zupppppppp.....

Merah nampak ada 'benda' melintas depan meja Merah. Dan sebagai manusia yang tanpa iman yang jitu nih, Merah cukup2 terkejut sampai tertendang meja sendiri sehinggakan terjatuh dengan kerusi2 sekali. Sedar2 Merah dah terbaring di lantai dengan perasaan yang cukup kelam-kelibut. Tanpa berfikir panjang Merah tutup opis dan terus pulang ke rumah dengan perasaan yang penuh dengan pelbagai persoalan.

Dan kesannya ialah ada beberapa bahagian badan yang terkehel dan terpaksa diurut oleh tukang urut profesional. Giler tough la tukang urut yang urut Merah tuh. Rasa nak tercabut segala urat dan tulang badan nih. Huhuhuhuhu. Kamu mampu kesat2 airmata bila tukang urut tuh memulakan aksi yang cukup2 memeritkan badan Merah. Rasa macam nak mintak koma seketika sementara akak tuh sedang mengurut. Boleh tak camtu?

Dan sampai sekarang tak der sapa pun yang tahu sebab sebenar Merah jatuh dari kerusi. Merah cuma cakap Merah jatuh sendiri2. Dan kerna jawapan tuh, Cik Kakak dan Cik Adek membahan Merah siang dan malam tanpa belas kasihan. Huhuhuhuhu. Tak lupa jugak Puan President, Puan Mama dan Puan sis-in-law yang turut serta di dalam aktiviti bahan-membahan Merah nih.

Sejujurnya, merah dah rasa ada benda yang tak kena di dalam opis nih. Namun Merah diamkan sahaja sebab Merah ingat tuh mainan perasaan jer. Tup2 bila dah nampak sendiri, Merah dah mati kutu. Apa yang patut Merah buat?

Tolong..!



No comments: