Wednesday, 4 September 2013

Lumrah hidup, bila berada di atas tak nampak dah kita2 yang kat bawah nih!


Cehhhhhhh, emo dan psiko giler tajuk entry kiter hari nih.

Seyes, nih bukan salah satu entry kesan daripada simptom2 pms yang kerap melanda wanita2 masa kini. Ini adalah realiti tentang manusia2 sekarang nih.

Kiter cuma nak citer sikit jer hari nih.

Katakanlah kiter punya kawan yang kononnya saling peduli antara satu sama lain. Tapi hakikatnya kiter yang peduli sesangat, sedangkan beliau tak berperasaan seperti kita pun.


Bila beliau susah, beliau cari kiter.

Bila beliau bergaduh dengan adik-beradiknya, beliau cari kiter.

Bila suami beliau buat hal, beliau cari kiter.

Bila beliau rasa nak menangis sebab penat berdepan dengan dugaan demi dugaan, beliau cari kiter.

Bila suami beliau curang, beliau cari kiter.

Bila suami beliau ada perempuan simpanan, beliau cari kiter.

Bila beliau gaduh dengan manusia2 sekeliling beliau, beliau tetap akan carik kiter.

Dan kemudiaannya akan menelefon kiter tanpa mengira siang atau malam.

Beliau akan datang ke opis kiter tanpa mengira jam atau waktu.

Beliau akan terus datang kerumah kiter tanpa izin kita atau tak.
 

Dan bila beliau bahagia + gembira + syok giler, beliau akan menjadi manusia yang bongkak dan lupa. Beliau akan terus lupa pada kiter dan mula berhidup dengan sifat2 angkuh dan sombong yang ntah apa2.

Saudari, kita tak akan selamanya berada di atas. Suatu masa nanti kita akan jatuh ke bawah jua. Jangan sampai dah jatuh dan terhenyak, baru saudari akan menyesal dan teraba-raba di dalam gelap. Hidup ini penuh dengan kejutan demi kejutan. Jangan ingat bahawa bahagia dan gembira akan sentiasa mendampingi kita. Tak salah kalau sekali-sekala kita membengkokkan badan untuk melihat ke bawah saudari. Sila ikut resmi padi, semakin berisi semakin menunduk.!

Maaf kalau bunyi entry kali nih agak kasar dan biadap.

Mohon terasa, babai..!!!


No comments: