Thursday, 31 October 2013

''..kosong.."


Selalu saja..
Apabila kita merasa 'kosong'..
kita terus kaku di situ
Dan meratapi kekosongan itu..

Kita lupa..
'Kosong' itu hanya bersifat sementara
Bila-bila masa sahaja kita boleh mengisinya semula
Jika kita mahu.
Lihat di sekeliling kita.
Tidak ada satu tempat pun yang kosong.

Padang ada rumputnya.
Langit ada awannya.
Laut ada ombaknya.

Pasti tidak kosong.
Sungguh, pasti tidak kosong..!

Malah, akal dan hati kita pun tidak pernah kosong.
Hanya kita saja yang mengenepikan kewarasan dan imannya.


No comments: