Thursday, 3 April 2014

belajar dari kisah semalam


Pernah tak anda rasa down sangat2 sebab apa yang anda mahukan tak menjadi milik anda?

Mesti pernah kan!

Kalau nak dikira dengan jari, memang tak cukup jari kaki dan tangan yang diperlukan untuk Merah kira berapa kali Merah terlibat dengan situasi down tahap petala ketujuh tuh! Banyak kali sangat keadaan macam tuh jadik. Kadang2 sampai Merah memilih untuk berputus asa untuk mengharap. 

Merah pernah berharap untuk menjadi seorang pendidik kerna Merah rasakan bahawa kecenderungan dan minat Merah terarah ke situ. Tapi lepas gagal interview sebanyak 2 kali, Merah dah rasa cuak untuk menghadapi mana2 interview yang berkaitan dunia pendidikan lagi. Dan yang paling menyeksakan Merah ialah bila orang yang langsung tak mampu bercakap dan berfikir dari Merah berjaya interview kerna dia ada 'hantu' di pihak atasan. Perhhhhhh, lagi ler menyeksakan batin Merah!

Merah adalah manusia yang punya angan2 dan impian hidup yang pelbagai. Kalau diteroka segala angan2 yang berada di kepala Merah ini, pasti ramai yang berputus asa untuk terus meneroka. Banyak, cukup banyak impian Merah!

Disebabkan itulah Merah berharap untuk jadi seperti Alice in the wonderland. Atau setidak-tidaknya Merah punya poket doraemon yang punya berbagai-bagai alat untuk memastikan segala angan2 dan impian Merah menjadi kenyataan. Dan terkadang Merah berharap untuk punya kuasa magis dan menggunakan kuasa tersebut untuk menggapai impian Merah.

Klise sangat kann.!!!

Dulu2 Merah pernah berharap untuk berkahwin, bercinta, punya ramai anak2 dan bergelar seorang seorang ummi dan isteri yang terbaik dari segala aspek. Yang kroniknya, Merah siap memilih nama anak-anak Merah walaupun waktu tuh Merah belum lagi mencecah umur 20 tahun. Walaupun masih digelar budak hingusan, namun impian Merah dah mendahului usia Merah.


Dan setelah bertahun-tahun menggenggam impian yang sama, sampai satu saat Merah terpaksa membuka genggaman itu dan membiarkan impian2 itu jatuh berderai di depan mata Merah sendiri. Siapa sangka bahawa impian yang nampak halus dan indah itu telah melukakan Merah dengan sebegitu dashat sekali.Allah!

Walau berkali-kali Merah bisikkan pada diri untuk melupakan impian2 itu dan cuba membina angan2 yang baru, Merah akan gagal dengan teruk sekali. Cukup2 payah. Cukup2 renyah!

Dan hari ini Merah mencuba untuk membina kembali secarik tabah dan memulakan langkah walaupun langkahnya sedikit tempang. Merah sedar akan seperkara yang penting tentang hidup ini. Hidup ini bukannya untuk memiliki apa yang kita inginkan atau mahukan, sebaliknya hidup ini untuk berjuang! 

Walau segigih manapun usaha yang kita lakukan, andai telah Dia tetapkan percaturannya kita tak akan mampu menongkahnya. Ketahuilah, kita tak punya kuasa untuk melihat ke hadapan. Mungkin ada hikmah di sebalik kehilangan. Mungkin ada hikmah di sebalik kesakitan. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang ditetapkan. Serahkan pada Yang Maha Mengetahui. Dia adalah sebaik-baik Perancang. Allah!

Buat insan yang pernah menitipkan bahagia,
Terima kasih untuk segala kenangan dan memori yang penuh suka dan duka. Maafkan Merah atas segala silap dan salah. Maaf atas ketidakmatangan Merah. Maaf untuk segala ragam Merah yang menyusahkan itu. Merah harap awak bahagia. Merah harap yang baik2 sahaja mengiringi langkah awak.

Menjadi seorang pendidik adalah impian awak kan? Dan sekarang awak dah berjaya memegang status itu. Semoga awak mampu menjadik pendidik yang berjaya. Awak, Selamat Hari Lahir untuk esok!!!


No comments: