Saturday, 19 April 2014

cerita tentang langit malam itu

Merah suka mendongak pada langit.

Siang atau malam langit sentiasa cantik dan indah. Sepertinya, langit itu adalah lukisan alam paling indah yang pernah Merah lihat. Dan selalunya, langit pada malam hari itu lebih banyak mencuri tumpuan Merah. Terlalu banyak hiasan2 yang menggetarkan setiap urat nadi sewaktu Merah melihatnya. Bulan, bintang, awan dan kadang kala gerimis menjadikan langit malam cukup2 indah. Subhanallah!

Sungguh, itu hakikatnya.!!


Tenang, damai dan membuaikan hati yang berbagai.

Tanyalah pada sesiapa jua, mereka2 tahu betapa Merah cukup suka mendongak ke atas dan memandang pada langit ilahi itu.

Langit itu mengirimkan tenang pada Merah. Langit itu mengundang kegembiraan pada Merah. Dan langit itu sudah cukup untuk membuatkan senyuman Merah terukir dengan sendirinya.

Saban waktu Merah mencari-cari bintang utara (polaris) yang satu itu kerna polaris adalah bintang yang paling terang dan bercahaya di dada langit. Merah telah jatuh cinta pada Polaris itu.!

Pernah Merah ditanya akan keterujaan Merah memandang langit malam oleh roomate Merah dulu.

"Kenapa bila malam jer Merah nak bukak tingkap tengok langit? Hujan ker, ribut ker, tengah malam ker, Merah tak pernah jemu pandang langit tuh. Apa yang best sangat sampai Merah obses sangat2 dengan langit tuh?"

Dan Merah tersenyum pabila dihadapkan dengan soalan itu.

"Merah suka memandang langit sebab Merah rasa tenang dengan memandang langit. Bila rasa gundah, wajah rembulan yang berbagai-bagai bentuknya menghiburkan Merah. Bila Merah rasa sedih, cahaya terang dari bintang Polaris itu memadamkan cerita duka dari hati Merah. Bila Merah rasa keseorangan, langit malam yang kelam dan hitam itu ada untuk menemani Merah. Dan kerna itulah Merah telah jatuh cinta pada langit malam itu."

xxxxxxxxxxxxxxxxxx

"Dan bila Merah rindu yang teramat pada seseorang itu, Merah akan memandang langit malam itu dengan lebih kerap dan mendalam. Merah yakin bahawa rindu di hati Merah ini akan sampai kepada pemiliknya kerna langit di dunia ini berhubung. Jadi, pabila orang yang Merah rindui itu juga memandang langit, hati kami turut berhubung kerna kami dipayungi oleh langit yang sama."

Dan kerana jawapan Merah itu, Merah dicop sebagai pemilik hati yang berbunga-bunga dan jiwang yang melampau-lampau. aiisehhhhhh.

Pernah sekali Merah diuji dengan sakit yang melampau-lampau dan menyeksakan fizikal dan mental Merah. Berkali-kali Merah bertanya pada diri, untuk apa Merah dibiarkan berhidup andai untuk merasai kesakitan dan penderitaan cuma. Merah menangis, merintih, meraung dan berteriak sepertinya tiada iman di dada.

Sedang Merah menangis itu tiba2 hujan turun dengan selebat-lebatnya. Merah mendongak pada langit malam itu dengan airmata yang masih berjuraian di tubir mata. Dan tiba2 Merah tersedar akan seperkara.

Masyaallah...

Sebagai manusia, tak salah untuk Merah menangis bagi meleraikan beban yang memberat di hati Merah. Jangan ditahan airmata itu. Jangan berpura-pura ampuh dengan ujian yang tak tertanggung itu. Jangan..!!!

Lepaskan ia pergi. Biarkan ia mengalir kerna setelah airmata itu berhenti, akan ada bibit2 kekuatan yang kamu sendiri tak akan percaya akannya.

Belajar dari alam.

Saat Merah mendongak ke langit semasa sedang menangis, takungan airmata itu menyakitkan mata Merah. Pedih dan mencucuk-cucuk di tubir mata. Dan pabila Merah menundukkan kembali kepala Merah, airmata Merah bebas mengalir dan berlinang bersama-sama kesakitan yang Merah tanggung.

Keadaan itu membuatkan Merah benar2 faham akan kehidupan bertuhan. Jika kita menyalahkan Tuhan atau mana2 pihak, kita sepertinya sedang menyakiti diri kita sendiri. Bukannya DIA tidak tahu akan derita dan bebanan yang ditanggung oleh hambaNya itu. Namun, ujian2 yang diberikan itu adalah latihan kepada diri kita untuk menjadi manusia yang lebih teguh dan ampuh jati dirinya. Practice makes perfect kan!

Dan seperti hari2 semalam, Merah masih setia memandang langit malam tanpa jemu atau bosan. Dan semakin diasak dengan rindu yang teramat, langit malam menjadi penawar yang cukup2 berkesan untuk menghilangkan sekelumit rindu itu.


Sungguh, rindu yang teramat pada insan itu. Rindu segala-galanya tentang dia. Namun, tak perlu diungkapkan dengan kata2. Bisikkan sahaja pada langit malam itu, dan moga2 bisikan rindu itu terkesan di hatinya. Insyaallah.

Dan semalam Merah masih juga memandang langit malam itu. Kelam dan hitam ruang angkasaraya itu. Hujan. Awan nampak berbalam-balam dan subhanallah, cantik.!

Pada yang insan yang dirindui itu, hidup baik2 ek! Siapa sangka bahawa perubahan yang begitu sukar untuk dilaksanakan itu semakin serasi dengan naluri. Alhamdulillah, ruh islam semakin terzahir dalam kehidupan. Merah nampak perubahan itu, dan insyaallah ramai lagi yang nampak akan perubahan itu. Langkah yang dahulunya tempang dan pincang itu semakin lancar. Dan Merah juga sedang memperbaiki diri seperti kamu. Memandang pada langit malam itu membuatkan Merah semakin kuat dan bertabah untuk terus tersenyum. Terima kasih!

No comments: