Thursday, 3 April 2014

ceritera tentang malam



Sahabat yang manis,
Langit di sini gelap dan kelam. Tiada riak2 rembulan mahupun bintang yang bergantungan pada langit yang hitam itu. Yang tertinggal Cuma titis2 jernih yang menemani malam yang suram. Dan terkadang, bunyi guruh menggegarkan seisi alam.

Sahabat yang manis,
Merenung pada pekat malam sememangnya membuaikan hati yang walang. Malam sememngnya punya rahsai yang pelbagai. Mengundang berbagai kecelaruan yang sukar untuk dimengertikan. Dalam pekat malam dan hitam, ia menyimpan jeritan, tangisan, teriakan serta rintihan yang tak terluah dek perasaan. Semuanya hanya terhadam tanpa ungkapan. Dan pandangan yang kosong terarah pada langit hitam itu.

Sahabat yang manis,
Malam yang hitam ini sememangnya membuaikan jiwa yang gersang dan kontang. Mana mungkin wujudnya sang pejuang tanpa adanya sang silam yang hitam dan menjadi bayangan? Mana mungkin lahirnya seorang insan yang gemilang tanpa terjatuh, tersungkur atau rebah pada permulaan? Dan mana mungkin terciptanya kejayaan tanpa cemuhan, cebikan atau herdikan dari mereka2 yang terlupa bahawa kamu punya hati dan perasaan.

Sahabat yang manis,
Bercerita tentang malam seperti berbicara tentang hati yang suram dan rawan. Pasti ada esakan. Pasti ada tangisan. Pasti ada titis2 airmata yang berlinang. Pasti!! Namun, pekat dan hitam malam berjaya menyembunyikannya sebarang pandangan.

Sahabat yang manis,
Malam sememangnya hitam, kelam dan suram. Namun malam membuka hijab yang tak terduga dek akal fikiran. Biar malam itu gelap dan hitam, asalkan sujudmu itu berkiblatkan Tuhan Semesta Alam. Tuhan Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Tuhan yang mengirimkan padamu tabah pabila hampir rebah. Dan Tuhan yang sentiasa ada saat kau lelah dan hampir berputus asa untuk melangkah.

Sahabat yang manis,
Biar bagaimanapun malammu itu, berhiduplah dengan aman dan tenteram. Usah gentar menongkah pekatnya malam. Aku faham. Aku mengerti. Aku tahu gelodak isihatimu teman kerna sebahagian dari diriku ada pada kamu.


Nota kaki : Buat sahabat yang manis itu, semoga kuat. Hari2 tanpa kamu sangat2 membosankan.

No comments: