Wednesday, 9 April 2014

saya akan tersenyum!

Lepas nih Merah nak buat apa?

Apa perancangan untuk masa depan?

Merah tak pernah fikir untuk hidup normal macam orang lain ka?

Sejujurnya Merah dah jemu dengan persoalan2 sebegitu serta persoalan2 lain yang Merah tak tahu jawapannya. Merah tak punya kuasa magik untuk sewenang-wenangnya meneropong ke masa hadapan. Kamu ingat dengan menuturkan perkataan abracadabra sambil menggoyang-goyangkan tongkat sakti, Merah dapat melihat masa hadapan? Tolonglah, itu semua mimpi okep!

Sebagai manusia, Merah juga takut pabila topic berkenaan masa hadapan dibincangkan. Apa akan jadi nanti merupakan soalan yang seboleh-bolehnya Merah tak mahu tahu jawapannya sekarang. Biarlah masa yang menentukan. Biarlah.

Namun, manusia itu sememangnya makhluk Tuhan yang unik dan kompleks sifatnya. Sifat ingin tahu itu sudah sebati di dalam diri mereka. Kerna itulah ramai manusia2 yang penyayang + prihatin begitu obsess dengan perancangan masa depan Merah. Saban waktu mereka2 ini akan bertanya itu dan ini berkenaan masa depan dan perancangan Merah.

Sungguh, Merah tak tahu!! Merah memang tak tahu apa2 berkenaan masa hadapan!!
Merah sekadar boleh merancang dan menetapkan itu dan ini untuk masa hadapan Merah. Tapi kan, selalunya Cuma 10% sahaja perancangan Merah menjadi kenyataan. Selebihnya adalah ujian dan dugaan yang menuntut Merah untuk mencari jalan penyelesaiaan bagi keadaan atau situasi yang tak terduga itu.

Dan sekarang Merah dah muak untuk terus bermimpi atau punya angan2 yang keterlaluan intipatinya. Bukan mengalah, sebaliknya Merah ingin memastikan hidup Merah lebih bersifat reality. Segala angan2 yang terlalu luar biasa atau luar dari kebiasaan alam manusia itu perlulah ditolak ketepi. Sekarang bukan masa untuk mengharapkan kewujudan pari2, angel atau peter pan yang dapat membawa Merah jauh dari kerakusan alam manusia nih.

Sekarang adalah masa untuk Merah menikmati kehidupan ini dengan sepenuh jiwa dan raga Merah. Rugilah kalau kehidupan yang singkat ini Merah sia-siakan dengan berdukacita dan nanar dengan mehnah dunia. Ujian dan dugaan yang Allah beri pada Merah adalah pemangkin untuk kekuatan luaran dan dalaman Merah. Dengan ujian2 ini, Merah makin kebal walau diasak dengan pelbagai ujian. Insyaallah.


Dalam beberapa hari nih, mood memang gila2 baik + happy + ceria dan ohsemm tahap overdose gitu. Ramai yang tegur dan bertanya  akan perubahan nih. Dan Merah Cuma tersenyum sambil berlalu pergi. Nampak sangat2 sombong dan angkuh di situ kan.!

Minggu nih keputusan interview dengan kementerian Kesihatan Malaysia dah keluar resultnya. Cer teka apa keputusannya!

Merah Berjaya interview itu!

Hahahahhahha, Nampak sangat penipuannya di situ. Merah gagal sebenarnya. Dan keputusan interview untuk syarikat swasta itu juga tidak menyebelahi Merah. Gagal jugak. Dan sejak hari isnin lagi gusi Merah bengkak dan berdenyut-denyut. Semalam tiba2 deman panas yang melampau-lampau menyerang Merah.
Hanya kerna beberapa perkara yang menyedihkan itu, Merah tak akan give up atau down tahap nak kelar nadi. Itu dugaan. Itu cabaran. Itu ujian. Dan itu adalah cara halus dari Tuhan untuk mengajar Merah erti kehidupan berlandaskan iman. Alhamdulillah.

Hari ini, esok atau hari2 mendatang akan Merah tempoh dengan senyuman yang paling manis yang Merah pernah ukirkan. Dan senyum ini akan tak akan hilang lagi dari bibir ini walau diasak dengan pelbagai asakan atau rempuhan. Insyaallah.

muka susah nak senyum!
Nota kaki : nanti2 kalau sesiapa ternampak Merah tersenyum-senyum, jangan panic ek! Merah tersenyum kerna Merah mengerti akan isi dunia.

No comments: