Wednesday, 16 July 2014

I'm sorry, I'm not what you wanted!



Orang selalu cakap kalau kita sakiti orang lain, kita sebenarnya sedang menyakiti diri kita sendiri. Dan saya setuju sangat2 dengan kenyataan ini. Menyakiti orang lain akan membuatkan kita menzalimi diri kita dengan sebegitu dashat sekali. Kita mungkin nampak berpuas hati dan berbangga dengan pencapaian kita dalam arena membalas dendam, tetapi kita bukan sedang mengecapi kemenangan. Sebaliknya kita sedang kalah dengan sebegitu teruk sekali!

Saya manusia yang gemar mendiamkan diri. Pabila terluka atau terasa dengan apa2 yang menyebabkan hati saya tercalar, saya akan mendiamkan diri saya. Pabila ada pihak2 yang cuba menyakiti saya dan menjatuhkan saya, saya Cuma akan tersenyum tanpa mengungkap sepatah perkataan pun. Pabila saya sedih dan kecewa dengan apa sahaja yang saya sedang saya hadapi, saya akan mengelak untuk berjumpa atau berbicara dengan sesiapa. Bukan bermakna saya kuat atau hebat!

Sebaliknya saya sememangnya manusia yang sebegitu. Saya takut untuk berbicara kerna saya takut saya akan melukakan hati sesiapa saat kewarasan saya semakin menipis. Dan kerana itu ramai yang menganggap hati saya sekeras konkrit dan seteguh kereta kebal. Saya dicanang-canang sebagai manusia yang tak terhakis dek umpat keji sesiapa. Sungguh, saya bukan manusia yang teguh itu.

Terkadang saya ingin pulang pada sang silam kerna pada sang silam itu ada seorang gadis yang cukup kuat dan tabah. Pada sang silam itu ada seorang gadis yang tak pernah menitiskan walau setitis airmata walau dicampakkan dengan apa jua ujian. Pada sang silam itu juga ada seorang gadis yang sentiasa tersenyum, lincah, peramah, berkeyakinan dan tulus dalam segala tindak-tanduknya.

Saya sangat2 rindukan gadis dari sang silam itu. Serius, saya sangat rindukan gadis itu.!!!!

Namun, dengan memandang pada sang silam, saya tak akan mampu untuk mencari kebahagiaan pada masa akan datang. Silam itu telah terlalu jauh saya tinggalkan. Saya perlu belajar untuk memulakan langkah. Jika tak mampu berlari, saya akan berjalan. Jika tak mampu berjalan, saya akan bertatih. Dan jika saya tak mampu bertatih, saya akan merangkak.

Walaupun banyak pihak telah mencuba untuk menjatuhkan saya dan menikam saya dari belakang, saya tak akan mengaku kalah. Saya akan terus berjuang seperti masa2 dulu.Tak perlu untuk saya hemburkan tangisan dan rintihan kepada sesiapa kerna saya telah menjadi semakin kuat semenjak mereka2 memperlakukan saya dengan sebegitu kejam sekali. Saya tak marah, sebaliknya saya sedih dengan tindakan mereka. Sejujurnya, mereka2 ini lebih tersakiti berbanding saya kerna dengan menyakiti saya mereka secara tidak langsungnya telah menzalimi diri mereka. 




Dear Merah,
Just smile & Laugh
So that’s, the haters will hate you more!!!
Peace!!!!!!

No comments: