Friday, 26 September 2014

Bicara buat BONDA yang tercinta!

Tahun nih umur Puan Mama dah genap 60 tahun. Alhamdulillah Allah masih pinjamkan Puan Mama buat kami sekeluarga. Masa birthday Puan Mama hari tuh (9 September), Merah cuma sempat bagi kad hari lahir seperti tahun2 yang lepas. Simple, tapi kad tuh Merah buat sendiri tau!


Jika berbicara soal cinta, Merah paling cintakan Puan Mama di dunia nih. Kata orang, cinta itu membuatkan manusia menangis, ketawa, bahagia, derita, rindu yang membara dan sebagainya. Dan Merah memang telah rasai itu semua kerna CINTA pada Puan Mama.

Hari nih Merah nak tulis apa yang ada di hati Merah sejak cinta itu berputik dan mendiami hati Merah.

Serius, Merah menulis di sini supaya Merah tak akan lupa akan insan yang paling banyak berkorban untuk Merah. Supaya ada generasi2 nanti yang tahu, cinta itu bukan hanya menerima semata-mata, sebaliknya cinta itu adalah memberi sepenuh hati.

PUAN MAMA

Ma,
Ma ingat tak kisah kita dulu2. Keluarga kita susah, tapi ma tak pernah merungut atau mengeluh. Merah selalu tak nak datang sekolah sebab duit belanja sikit. Lagipun kawan2 selalu ejek baju Merah buruk dan rambut Merah kerinting. Kadang2 Merah akan menangis dan cakap tak nak mandi sebab air sejuk supaya Merah tak payah pergi sekolah.

Tapi ma tak pernah marah dengan karenah Merah yang pelbagai. Pagi2 ma akan jerang air supaya Merah tak perlu mandi air kolah yang sejuk. Kemudian ma akan sikat rambut Merah dengan cermat supaya kulit kepala Merah tak sakit. Ma ingat tak lagi dengan  rambut Merah yang panjang, kerinting dan kusut tuh? Setiap pagi ma akan letak minyak kat rambut Merah dan ikat kejap2 dan kemas supaya Merah bebas belajar, berlari, bermain dan bergerak pantas tanpa perlu menguis-nguis rambut Merah.

Ma,
Ma ingat tak lagi rutin ma setiap pagi semasa Merah, Cik Kakak, Encik Abang, Cik Adek dan Encik Adek bersiap-siap nak ke sekolah? Ma akan duduk di tengah2 ruang rumah dan menggaul nasi yang diletakkan kicap dan berlaukkan sebiji telur goreng. Ma akan suap kami adik beradik berselang seli. Dan kami adik beradik akan makan sarapan pagi setiap hari dengan suapan dari ma.

Pernah suatu hari kita keputusan bekalan beras. Merah nampak ma menangis subuh tuh masa menjerang air untuk Merah mandi. Merah fikir untuk cepat2 mandi dan bersiap ke sekolah. Merah tak nak ma susah hati sebab tiada apa2 untuk disuap pada kami adik beradik pagi tuh. Tapi, ma tetap duduk di ruang tamu sambil pegang pinggan. Ma panggil Merah untuk disuap. Rupanya ada segenggam beras pulut dalam simpanan. Ma masak beras pulut tuh dan bagi kami adik beradik makan. Merah ingat lagi ayat mak time tuh.

"Nih ja yang ada untuk pagi nih. Merah makan ek."

Dan sepanjang hari Merah tahan airmata sebab Merah terfikir apa yang ma makan pagi tuh.

Ma,
Ma ingat tak lagi dengan rantai ma yang ma gadaikan kat kedai emas? Masa ma letakkan rantai tuh, jantung Merah rasa nak terhenti. Ma sanggup gadaikan barang kemas yang paling ma sayang demi kami 8 beradik. Dan Merah cuma mampu melihat sewaktu cina kedai emas tuh masukkan rantai ma dalam peti besi.

Keluar dari kedai emas tuh, ma pimpin tangan Merah sewaktu nak lintas jalan. Ma, ingat tak lagi apa yang Merah janji kat ma?

"Bila Merah besaq nanti, Merah akan beli rantai yang lagi besaq kat ma. Ma tunggu tau."

Ma,
Ma ingat tak ma pernah menangis sungguh2 bila ada saudara yang ketepikan ma. Merah ingat lagi ada saudara yang tak jemput keluarga kita ke majlis perkahwinan anaknya. Alasannya, ma ada ramai anak2. Diorang takut nanti lauk habis kalau jemput kita.

Merah ingat lagi macam mana sedihnya ma waktu tuh. Sampai hati diorang carik2 hati ma sampai macam tuh. Dan esoknya ma beli ayam seekor dan ma masak bagi kami adik beradik makan. Ma senyum je bila tengok kami adik-beradik makan penuh selera.

Ma,
Ma ingat tak waktu2 Merah dalam kesakitan. Waktu tuh Merah asyik sakit. Sakit telinga la, gusi la, gigi la, kulit la, bisul la dan macam2 sakit lagi. Setiap kali Merah mengerang sebab sakit, ma akan usap2 rambut Merah. Ma akan sentiasa di sisi Merah. Ma akan setia menemani Merah.

Masa Merah di semester 2 kat usm, Merah menghidap penyakit yang serius. Setiap hari Merah menangis. Bila sedih, Merah telefon dan menangis kat ma. Ma pujuk Merah, ma cakap Tuhan nak uji Merah. Ma beli macam2 ubat untuk Merah sembuh, ma bawa Merah jumpak doktor pakar, ustaz dari darul syifa dan bomoh2 kampung. Ma juga pesan pada bapa saudara Merah yang bakal berangkat ke Mekah.

"Nak mintak doakan satu benda ja masa hampa kat sana. Tolong doakan Merah sembuh. Tu ja."

Dan setiap malam ma akan berdoa untuk Merah. Merah tahu semua tuh. Kerana itulah Merah lawan semua tuh sebab Merah ada ma yang sayang Merah sangat2.

Ma,
Ma ingat tak masa dulu2 Merah selalu muntah bila naik kenderaan. Merah akan pening dan muntah sungguh2. Tapi ma tak pernah putus asa untuk bawak Merah ke bandar, jalan2 makan angin dan ke mana sahaja. Ma akan bawa plastik siap2 supaya bila Merah nak muntah, Merah boleh muntah dalam plastik. Ma tak pernah merasakan Merah nih menyusahkan ma.

Ada suatu ketika, ma lupa nak bawak plastik. Merah nak muntah dan ma tadahkan tangan ma supaya Merah boleh muntah. Lepas mak cuci tangan, ma akan basuhkan muka Merah dan letakkan minyak cap kapak kat seluruh kepala Merah supaya Merah rasa selesa sikit.

Ma,
Kalau Merah nak cerita, terlalu banyak yang ma lakukan demi cinta ma terhadap Merah. Sungguh, 1000 tahun pun tak akan mampu untuk Merah balas. Kadang2 Merah impikan punya personaliti seperti ma. Ma cukup baik, cukup sempurna, cukup indah akhlaknya dan cukup dalam serba serbi. Takkan Merah mampu untuk mencintai insan lain di dunia nih selain ma.

Ma,
Ma nak tau tak tentang seperkara. Bila ma cakap ma sakit atau soal mati, Merah menjadi sangat takut. Terlalu takut jika Merah kehilangan ma. Merah tahu mati itu pasti, namun Merah tak mampu nak membayangkan hidup ini tanpa ma. Pasti sunyi. Pasti sepi. Pasti kosong tak terisi.

Ma,
Selagi Merah bernafas di bumi ini, Merah akan berbakti dan menjaga ma. Merah akan pastikan tak akan ada mana2 pihak yang menyakiti atau menggores hati ma.

Ma, Merah sayang ma sangat!!

Ma, cepat2 sihat ek! Merah rindu ma sangat2. Terlalu rindu!!!!

 


Tuhan,
Rahmati kehidupan ma. Kerna syurgaku ada di telapak kakinya.

No comments: