Thursday, 4 September 2014

dunia mana pun yang kau kejarkan

Pernah mereka2 fikir tentang hati manusia macam aku nih waktu mereka buka mulut dan berbicara?

Pernah mereka2 duduk kat tempat aku. Telan segala caci maki. Hadam segala carut yang keluar dari mulut2 puaka, mulut yang tak pernah diam dari menyebarkan segala onar, fitnah atau apa sahaja yang nampak sangat2 cela di mata mereka.

Pernah mereka2 cuba berada di tempat aku. Memerah keringat, menghentak kepala dan terkial-kial memaksa idea datang untuk memastikan anak2 itu tak leka dan bosan. Semuanya bukan untuk kepentingan aku, tapi untuk anak2 yang bakal mencorakkan masa hadapan.

Sungguh, aku memang tak punya hak. Suara aku sekadar bunyi bising langau yang ditepis-tepis dan dibenci mereka. Mana engkau2 campakkan sifat2 kemanusiaan yang selalu dicanang-canang? Mana sifat belas dan prihatin yang konon-kononnya engkau2 pegang?

"..Bonda selalu berpesan, hati manusia usah dicalari, disakiti atau dicincang lumat. Tinggi mana pun pangkat dan kuasa yang kau ada, itu semua dunia semata-mata. Pabila dijemput ke daerah sana, segala-galanya tak membawa apa2.."

Benarlah, dunia ini semakin hilang keadilannya. Masing2 berlari-lari mengejar pangkat, kekayaan dan nama. Sampaikan mereka2 sanggup memijak sesiapa jua. Tak kisah jika terpaksa menzalimi. Tak kisah jika terpaksa menyakiti. Tak kisah jika terpaksa melakukan itu dan ini, asalkan apa yang dikejar itu dapat diperolehi.

Merah,
Tolong kuat! Usah bersedih dengan dunia yang sementara ini.

No comments: