Saturday, 20 September 2014

mimpi semalam : Saat Lafaz Sakinah

Suara2 jeritan riang dari Haikal, Haziq, Hanna dan Hariz semakin kuat mengasak gegendang telinga. Sekali sekala bunyi rengekan Amanda berselang seli dengan alunan zikrullah dari Puan Mama yg sedang mendodoikan Amanda. Suasana agak hingar. Masing2 kelihatan sibuk menguruskan itu dan ini kerna majlis akan berlangsung beberapa jam lagi. Jiran tetangga sudah memenuhi rumah, membantu penyediaan juadah untuk pihak lelaki selepas asar nanti barangkali. 

Sejak dari tadi aku hanya duduk dan termenung kosong memandang cermin besar di sudut paling kanan blikku ini. Walau diterjah dengan bunyi2 bising yang pelbagai di luar sana, aku masih mampu mencipta tenang dan damai yang jarang2 dapat aku gapai. Cermin besar itu aku tenung lagi entah keberapa kali. Dan akhir sekali aku lemparkan keluhan yang memberat di sanubari. 

 "Cepat bersiap. Satgi pihak lelaki dah nak mai. Majlis dah nak bermula.!" Tiba2 suara kakak kedengaran di sebalik tirai. 

 "Sat, tengah nak bersiap la ni." Aku menjawab lemah tanpa memandang pada empunya suara. 

Aku memandang sepasang persalinan indah berwarna biru muda yang tergantung bersebelahan katil. Aku bangun dan mengenakan jubah potongan longgar itu dengan cermat. Cantik. Sungguh, selama ini aku tak pernah terfikir bahawa warna biru lembut ini sesuai untuk aku. 

Beberapa orang sepupu dan rakan tiba2 menerjah masuk. Wajah mereka terselit senyuman yang cukup2 indah. Masing2 berebut rebut ingin menconteng wajah kosong aku dengan pelbagai warna dan gaya yang sesuai mengikut perkiraan mereka. Sebelum terlambat, aku cepat2 bersuara. 

"Ringkas je tau. Tak nak make up melampau lampau." 


Dan sewaktu selendang labuhku dilitupi dengan sehelai veil yang berwarna putih, jeritan dari anak saudaraku mengkhabarkan akan kedatangan pihak sana. 

Semua bersaing saingan mengintai pihak lelaki dari cermin2 tingkap. Dan aku masih lagi termenung di birai katil. Masih meneliti akan keputusanku ini. Masih cuba menjelaskan pada diri bahawa ini adalah keputusan yang terbaik. Masih cuba menjawab soalan2 yang menghenyak tangkai hati. Masih cuba membunuh keraguan yang kerap kali menyentak diri. Aduh, mengapa gelisah benar hati ini! 

Ya Allah, benarkah ini yang terbaik untuk aku? Adakah rijal itu mampu mencurahkan cinta, kasih sayang dan bimbingan untuk aku sehingga akhir hayatku. Adakah rijal itu mampu membuka jalanku ke syurgaMu. 

Pelbagai persoalan mula mengasak. Sepertinya aku ingin batalkan majlis yang akan berlangsung beberapa detik lagi. Aku makin ragu. Aku makin keliru. Tangan semakin menggeletar. Degupan jantung semakin tak keruan. Semasa dipimpin ke ruang hadapan rumah, aku mula resah. Wajan Puan Mama aku pandang sayup. Wajah2 kesayangan yang lain aku pandang silih ganti. Tangisan mungkin akan pecah di sini. Allah, aku makin tak pasti. Aku ingin lari! 

Dan tiba2 aku terpandang sang rijal itu..!! 

Dia juga mengenakan persalinan baju melayu yang sedondon seperti aku. Biru lembut itu benar2 padan dengan kulitnya. Wajahnya bersih. Cukup2 bersih sehinggakan aku terpana seketika. 

Rijal itu mengalihkan pandangannya ke arah aku. Aku melihat matanya yang redup di sebalik kaca matanya. Matanya bersinar sinar. Senyumnya amat mendamaikan. Wajahnya mengirimkan tenang. Kulitnya sedikit kemerahan, mungkin kepanasan atau mungkin juga sedang membendung debar yang kian kerap berkunjung. 

Pandangan aku dan rijal itu tiba2 bertaut. 

Aku pegun. Aku kaget. Aku terkesima. Lantas aku tertunduk malu. 

Dan dari lirik mata, aku melihat bibir rijal itu mengukirkan senyum. Senyum yang cukup2 manis dan mencairkan tembok keraguan di hati aku. 

Dengan hanya melihat senyum pada sang rijal itu, perasaan yang menggila sejak beberapa jam yang lalu hilng dengan sekelip mata. 

 Tuhan, aku ingin menyintai rijal itu hingga ke syurga. Aku ingin rijal itu menemani aku sepanjng usia. 

Damai mula menguasai ruang yang dipenuhi manusia2 yang menjadi kesayangan aku sepanjng usia 25 tahun ini. Aku lihat rijal itu menghela nafas penuh ritma sewaktu berjabat tangan dengan jurunikah. Mungkin rijal itu sedang cuba membuang resah. 

Aku pandang rijal itu dengan mata yang berkaca-kaca. Rijal itu nampak tenang. Dengan sekali lafaz, aku menjadi halal untuk dia.

 Dan hening mula terasa.. 

Aku sudah bergelar zaujah kepada rijal yang manis itu. 

Dan airmta seolah olah berpesta. Aku memandng rijal itu penuh cinta. Rasa cinta dan sayang membuak buak di dada. Allah, aku ingin hati ini terus mengalun cinta hanya untuk dia. Aku ingin menongkah alam rumahtangga bersama sama dia. 

Sungguh, aku cinta dia!! 

Usai mengerjakn solat sunat 2 rakaat, rijal itu mendepani aku. Ruang yang hingar dan sesak menjadi damai dengan tiba2. Sepertinya cuma aku dan rijal itu tika itu. Cukup2 tenang hinggakan aku leka dengan perasaan sendiri. 

Saat rijal itu aku salami, airmata makin ligat bercucuran tanpa henti. Tiada ruang untuk berkompromi. Basah tangannya bermandikan airmata. Benar, aku benar2 cinta! 

Aku melihat sisa2 airmata pada wajahnya yang hening dan bercahaya. Saat tertautnya pandangan mata, aku rasakan jantung berdegup lebih pantas dari biasa. Ingin sahaja aku letakkan telapak tanganku pada dadanya, adakah rijal itu juga mengalunkan degupn cinta yang sama. 

Dahi aku dikucup lembut. Aku pejamkan mata. Aku tahan airmata dari terus mengalir laju. Dan rijal itu membisikkan sesuatu di telinga. 

 "Abang cinta sayang dan abang terima segala kekurangan dan kelebihan sayang. Terima kasih sebab melengkapi kehidupan abang." 

 Kata2 yg dibisikkan rijal itu memecahkan kolam airmata yang ditahan tahan. Suara itu cukup2 lunak dan menggetarkan setiap urat nadi di dalam jasad ini. 

Aku rasa seperti di awang awangan. Rijal itu adalah insan yang sentiasa ada pada setiap sujud dan istikharahku. Rijal itu sentiasa ada dalam setiap tadahan doaku. Rijal itu adalah cinta zaman remajaku. Rijal itu pernah ada disetiap senyum dan tangisku. Hari ini rijal itu telah sah menjadi milik aku. Aku pandang rijal itu untuk kesekalian kali. Hati meronta-ronta ingin membisikkan cinta yang aku pendam cukup lama. 

 "Kami sayang dan cinta hampa sangat2." 

Namun lidah menjdi kelu dan beku. Ungkapan itu cuma dapat dibisikkan di dalam hati. Ruang tamu menjadi sempit. Pandangan menjadi kabur. Tiada lagi bunyi yang tertangkap di telinga. Segalanya nampak kosong. 

Jari jemariku masih digenggam kemas rijal itu seperti minit2 yang lalu. Walau aku kehilangan wajah rijal itu, namun aku masih merasa kehangatan jemarinya menggenggam erat jemariku. 

Pelik, aku seperti tertolak dan menjunam jatuh dari satu tempat yang cukup2 tinggi. 

Dan tiba2.. 

"Abang..!!!!!!!" 

Bunyi hujan dan guruh bersilih ganti. Aku tersedar dari mimpi yang panjang itu. Allah, ini cuma mimpi. Ini mimpi. Ini cuma mimpi..!!! 

Jantung ini masih berdegup seperti di alam mmpi. Tangan ini masih hangat seperti genggaman sang rijal dari alam mimpi tadi. Airmata masih setia merembes sperti di alam mmpi tadi. Dan perasaan ini masih sama, sama seperti tadi. 

Aku kaget. 

Rijal itu. Rijal itu masih menjadi ujian terbesar dalam kehidupan aku. Rijal itu tak pernah mampu aku usir dari mengganggu mimpi malamku.

Allah, dugaan yang sebagaimanakah ini??
 
Tuhan, ujian apakah ini? Aku hambaMu yang lemah dan tak berdaya. Jangan Kau uji aku dengan mimpi seperti ini lagi kerna aku tak akan mampu untuk terus berpura pura tidak peduli. 

Andai aku punya kuasa sakti, aku ingin hapuskan kenangan2 tentang rijal itu. Aku tak ingin untuk terus mengingati. Aku tak ingin untuk terus mencarik bahagia bersama-sama rijal itu walau dalam mimpi cuma. Sungguh, aku tak ingin lagi!

Pergilah cinta, pergilah airmata, pergilah segala duka kerna AKU CUMA INGIN BAHAGIA. 



*..mencuba untuk melupakan orang yang pernah dicintai seperti mencuba untuk mengingati orang yang tidak dikenali..* 

19 September 2014 / 3.20 am

No comments: