Saturday, 13 December 2014

kau pembunuh..!!!!


Kata kau aku ini tak mengenang budi.
Aku ini sial.
Aku ini tak berguna.
Aku ini tak punya nilai di mata sesiapa.
Aku ini sampah.
Aku ini durjana.
Aku ini manusia yang sejijik-jijiknya yang pernah lahir ke dunia.

Dan pabila terpisahnya ruh dari jasad ini, nerakalah tempatku.

Pada tangan kau ada syurga dan neraka.
Pada diri kau ada segenggam kuasa untuk menjadi neraca timbangan dosa dan pahala.
Pada kau, aku manusia hina.

Kau calar2 hati aku dengan makian, cacian, hinaan, sumpah saranah dan pekikan2 yang membunuh tiap impian dan angan2 yang aku rencanakan.

Kau henyak2 jiwa aku hingga aku pernah terfikir untuk mengakhiri semua ini. Kalau tak punya secarik iman yang memujuk diri, aku tak akan bernafas di sini lagi.

Kau bunuh senyum dan tawaku. Kau bunuh apa adanya yang aku punyai. Kau pembunuh... Kau pembunuh..!!

Sungguh, sampai mati aku tak akan memaafkanmu.

Pada deraian2 airmata sepanjang usia.
Pada mimpi2 yang hitam dan kelam pabila malam.
Pada calar2 di hati yang memuntahkan darah dan nanah.
Pada seksaan emosi dan penderaan mental yang engkau berikan.

Benar, tak akan ada walau secebis maaf yang akan aku hulurkan. Biar mati, biar ianya pergi dan biar ia terkubur tanpa perlu aku ingati lagi.

Tak perlu nak aku berbicara soal tanggungjawab pada manusia egois itu. Hak aku telah lama dinafikan sejak berbelas tahun dahulu. Apa lagi yang aku cari pada manusia yang tak tahu akan hati nurani?

No comments: