Sunday, 7 December 2014

pergilah duhai belahan jiwa

Selama ini aku anggap sahabat2 yang aku sayang sepenuh hatiku ini akan sentiasa ada. Aku merasakan mereka tak akan pernah jauh dari aku. Aku merasakan mereka akan sentiasa di sisi. Aku merasakan mereka akan dekat. Sungguh, aku tak pernah terfikir mereka akan menjauh.

Dan antara semua sahabat2 yang aku sayang, ada seseorang yang membatasi segala ruang. Seseorang yang benar2 aku sayang. Seseorang yang aku sangat2 peduli. Seseorang yang aku tak mungkin lupakan atau padamkan ingatan hingga aku pergi dari dunia ini. Seseorang yang berkongsi hati, jiwa, rasa, perasaan, suka, duka dan segala-galanya. Seseorang yang membuatkan aku merasai tiap apa yang terdetik di hatinya kerna sebahagian dari diriku ada padanya. Dan seseorang yang aku sayang lebih dari apanya.

Mendengar perkhabaran akan hijrahnya membuatkan aku tersentak, menangis dan sepertinya bumi seakan terhenti. Dia akan menjauh. Dia akan mula terbang dan menebarkan sayapnya ke angkasaraya. Dia telah memilih jalannya sendiri. Dia akan melalui hari2 yang mendatang tanpa pimpinan mana2 tangan kerna dia manusia hebat. Insyaallah, dia akan berjaya mengharungi apa jua yang merintangi perjalanannya kerna dia punya potensi diri. Dan dia akan berjaya, cukup2 berjaya sehinggakan semua manusia2 yang memandangnya akan merasakan apa yang pernah aku rasa sewaktu memandangnya.

Aku cukup2 takut andai ada mana2 pihak yang mencalarkan hatinya yang indah itu. Tangisannya adalah tangisanku. Lukanya adalah lukaku. Airmatanya dan airmataku adalah satu. Dan jeritan hatinya adalah jeritan hatiku. Aku dan dia adalah satu.

Sahabat, aku tahu apa yang tersimpan dikalbumu, aku mengerti akan apa yang terdetik dihatimu dan aku jua memahami bicara yang kau lontarkan melalui pandangan matamu itu. Mana mungkin aku menidakkannya kerna sebahagian dari diriku ada pada kamu sahabat. Aku mengerti, aku memahami dan aku turut merasai.

Aku pasti, ada rencanaNya di sebalik hijrah dan pemergianmu ini. 

Mungkin perpisahan ini mengajar kau dan aku menjadi lebih teguh hatinya. Mungkin juga ia proses penyembuhan yang memulihkan kembali semangat juang yang telah hilang ditelan zaman. Mungkin juga ia satu peluang untuk kita menyebarkan bahagia pada insan2 lain yang terjatuh dan mengharapkan ada tangan yang dihulurkan. Dan mungkin juga ia satu kesempatan untuk kita menapak berpaksikan kaki kita sendiri kan.


Ya Allah, aku lepaskan dia pergi dengan seteguh kepercayaan di hati bahawa Engkau akan merahmati langkah sahabatku ini. Engkau akan pegang hatinya untuk kekal di landasanMu. Engkau akan menjaga sahabatku ini dalam apa jua ruang waktu. Engkau adalah sebaik-baik pengharapan dan pergantungan. Hanya padaMu tempat aku memohon dan menadah doaku.

Aduhai belahan jiwa, 
pergilah, terbanglah, berlarilah, dan nikmatilah hijrah ini sebagai satu wadah dalam kehidupan. 

Pergilah duhai belahan jiwa,
Dan pabila kau terjatuh atau terlukalah ingatlah akan sebahagian dari diriku yang ada pada dirimu. Sahabat, engkau insan hebat. Insyaallah, segala galanya akan baik2 sahaja.

No comments: