Thursday, 29 January 2015

aku cikgu yang serba tak sempurna..!!

Cerita 1
Lokasi : Kelas paling hujung untuk tingkatan 1
Masa : 8.10 - 9.30 Pagi
Subjek : Bahasa inggeris

Tengok ja jadual untuk hari ni dah buat aku menggelabah + meroyan tahap paling kronik sekali. Dalam kelas tuh ada makhluk Allah yang memang femes dengan jeritan, pekikan, pemberontakan, dan keaktifan yang buat ramai cikgu berpeluh-peluh. Minggu lepas aku siap kesat2 ayaq mata dalam toilet sebab gagal handle dia. Natijahnya kelas tuh tunggang langgang. Siap ada budak perempuan terluka sebab kena tolak dengan makhluk Allah tuh.

Sebelum masuk kelas tuh, baca al-mathurat dulu. Tarik nafas dalam2. Senyum2. Kemudian menapak pi kantin untuk bekpes dulu. Perut perlu terisi sebab dalam kelas nanti mudah untuk aku bersilat atau mengeluarkan jurus2 yang wajar bagi mengawal keadaan kelas.

Masuk jer kelas suasana lebih dasat dari minggu lepas. Aku kawal sabar. Pujuk2 hati. Senyum2. Teruskan pengajaran dan bagi latihan kat whiteboard.

Ehhhhh, makhluk Allah tuh sedang panjat tingkap. Nih tingkat 2 kot. Kalau jatuh mau arwah. 

Aku pegang tangan dia dan pimpin dia duduk di kerusinya. Aku duduk sebelah dia. Pujuk2 dia untuk cuba selesaikan latihan yang aku bagi. Sambil2 tuh aku sembang2 dengan dia. Aku panggil dia 'Syurga'. Dia senyum. 

Allah, tulusnya senyuman dia.

Aku melihat 'Syurga' dengan pandangan cinta. Cinta yang cukup2 mahal takrifnya. Memandang wajah tulusnya membuatkan aku makin nekad untuk memanusiakan mereka2 yang sebenarnya memerlukan perhatian dan cinta. Anak itu menagih perhatian dan cinta.

Tuhan, moga aku kuat, tabah dan tak mudah rebah!!

Dan 'Syurga' menitipkan kata2 yang tak mungkin aku lupa sampai bila2.

"Cikgu, saya sayang cikgu sangat2. Saya nak ke syurga macam cikgu kata. Syurga tuh indah kan cikgu..?"

Dan aku cuba mengangguk sambil tahan ayaq mata yang bergenang di tubir mata. 

'Syurga', terima kasih untuk cinta!


Cerita 2
Lokasi : Kelas pertama untuk tingkatan 1
Masa : 1.10 - 2.30 Petang
Subjek : Bahasa Inggeris

Masuk jer kelas tadi aku terus cakap nak buat public speaking. Ramai yang teruja + gembira tak hingat dunia. Tak perlu la depa nak salin2 nota dan buat latihan yang berlonggok-longgok kan. Pakat2 bercahaya mata. Perhhhhhh.

Dalam setengah jam ja, lebih dari separuh dah setel bercakap kat depan kelas. Dalam dok sibuk gelak2 + bertepuk tangan atas sikap depa yang sporting tuh aku perasan ada raut wajah yang nampak sangat2 cemas di belakang kelas.

Aku panggil dia untuk bercakap di depan kelas.

Dia mengelak.

Setiap kali aku panggil dia mengelak. Sungguh2 mengelak. Mungkin takut kawan2 gelak bila guna broken english. Aku yakinkan dia untuk mencuba. Dan dia masih mengelak.

Dan selepas semua sudah ke hadapan kelas, dia nampak makin gelisah. Dia tak akan berpeluang untuk mengelak lagi. Aku pimpin dia ke hadapan kelas. 

Wajahnya ditundukkan. Tangannya menggeletar. Ada airmata bergenang. Bibirnya diketap.

Aku terkesima. Apa mahunya?

Dan ayat pertamanya menyentak hati nuraniku. Seisi kelas terdiam. Dan dia turut berhenti berbicara.

Suaranya... Suaranya adalah punca dia menyepi dan mengasingkan diri. Mungkin kerna dia pernah sumbing. Suaranya tak jelas dan sengau pada pendengaran aku.

Allah, pasti tercalar hati anak itu. Pasti.!!

Aku perlu berbuat sesuatu. Perlu!!!

Aku berdiri bersebelahan anak itu. Aku raih jemarinya. Aku genggam erat2. Aku harap dia kuat. Aku harap dia punya kekuatan. Aku pandang wajah manis anak itu dan aku tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepala.

Dan anak itu tiba2 meneruskan bicara yang tertunda. Wajahnya tidak lagi ditundukkan. Bibirnya terukir senyum. Dan jemarinya membalas genggaman. Kejap dan kemas.

Dan anak yang manis itu menitipkan kata2 yang buat aku menangis tanpa dapat aku tahan.

"Saya tak berani nak cakap kat depan. Saya malu. Saya rasa rendah diri. Tapi cikgu buat saya rasa istimewa. Cikgu buat saya rasa saya normal. Cikgu, saya sayang cikgu."

❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Lihat, betapa Tuhan sedang mendidik aku. Dia titipkan2 anak2 yang manis itu untuk mengajarkan aku. Dia kirimkan anak2 yang manis itu untuk mencuri hati dan cinta aku. Mudah-mudahan dengan hati dan cinta itu aku dapat menampal lompang2 luka yang bernanah di jiwa. 

Aku tak sempurna dan tak mampu menjadi sempurna di mata manusia2 lain. Tapi dengan anak2 yang manis itu aku seperti menjadi sempurna.



No comments: