Thursday, 1 January 2015

Selamat bertemu, 2015..!!!

Assalamualaikum wbt.

Ini entry pertama untuk tahun 2015. Moga yang baik2 mengiringi langkah Merah sepanjang kehidupan ini.


Buat diri sendiri,
Berhiduplah dengan sepenuh hati. Redha dan ikhlas di atas setiap ujian dari ilahi. Jangan pernah merasakan tiada yang peduli. Jangan pernah menganggap bahawa kamu bersendiri dalam setiap langkah sepanjang perjalanan ini. Jangan pernah kau tangisi tiap onak dan duri. Bangun, berdiri dan cekalkan jatidiri. Insyaallah perjalanan yang kau lalui itu pasti memberikan hikmah yang kau tak ketahui..!!

Aduhai hati yang sarat dengan pelbagai,
Lupakan tentang kisah2 cinta silam yang membadai pantai akli. Ini yang terakhir kali. Ini yang kesekian kali. Usah kau tangisi apa yang terjadi. Selepas hari ini, kau adalah hati yang lebih kebal dan kaku. Kau tak akan sesekali menangis atau mengingati apa jua yang terjadi sewaktu silam lagi.

Kau hati yang kuat. Kau hati yang tabah walau acapkali di agah. Dan kau adalah hati yang kebal dek apa jua tujahan yang menghentam. 

Buat jiwa yang tenang,
Kembalilah kepada kehidupan bertuhan. Kau jiwa yang halus. Kau jiwa yang tenteram. Kau jiwa yang membangkitkan semangat kecintaan kepada Sang Pemilik hati. Sesungguhnya kau jiwa yang hebat.

Selamat tinggal 2014 dan selamat datang 2015. 

Dan selamat tinggal kisah 8 tahun yang mengguriskan jiwa. Insyaallah, tiada lagi tempat yang ada untuk kisah itu bagi tahun ini. 

Kepada semua2,
Merah sayang kamu2 yang sentiasa menyokong Merah walau apa jua situasinya. 2015, selamat bertemu!!

No comments: