Tuesday, 20 January 2015

yuppp, aku memang teramat marah


Aku manusia yang tak pernah menunjukkan marah kat sapa2. Bukan sebab aku nak pura2 jadi wanita sopan santun atau bidadari yang lemah gemalai tingkah lakunya. Sungguh, tak pernah terfikir langsung. Tak pernah..!!

Aku kenal benar akan diri aku. Kalau aku marah, aku akan menangis teresak-esak dan aku tak akan mampu bercakap walau sepatah perkataan pun. Semakin aku cuba nak bercakap atau meluahkan apa yang terbuku kat hati aku, tangisan aku akan bertukar menjadi ngongoian yang nampak sangat2 bodoh pada pandangan manusia2 lain.

Dan tadi aku memang marah. Marah sangat2 sampai aku rasa muka aku panas dan menjadi merah. Aku ketap gigi sekuat hati. Aku gigit bibir kejap2. Aku genggam jemari aku erat2.

Aku tak faham akan mentaliti manusia2 yang sewenang-wenangnya menghina aku dengan rakus. Dan manusia2 itu memegang tanggungjawab untuk mendidik anak2 bangsa. Mereka manusia2 yang aku kagum. Manusia2 yang membuatkan aku bersemangat untuk mendidik anak2 bangsa seperti mereka2.

Sejak dari pagi aku tahan marah aku. Aku cuba mengajar tanpa terkesan dengan cacian dan hinaan yang tiba2 menjadi melodi di telinga. Kata2 yang membuatkan aku marah. Sangat2 marah..!!!

Dan teguran dari pelajar yang duduk di penjuru kelas menyentakkan hati aku.

"Cikgu, hari nih senyuman cikgu kurang gula."

Marah aku berjaya menguasai keadaan. Aku kalah dengan perasaan ini. 

Balik dari sekolah aku terus menapak ke bilik mandi tanpa menukar pakaian. Aku jirus air sebanyak mungkin. Aku siram air tanpa henti supaya hati aku sejuk dan tidak lagi membahang. Aku sapu air pada ubun2, telinga, leher, muka, tangan dan kaki berkali-kali. Tujuan aku cuma satu, aku nak hilangkan panas yang membakar.

Dan akhirnya aku biarkan airmata yang aku tahan sejak pagi tadi merembes tanpa sekatan. Ini bukan airmata kekalahan. Ini bukan airmata kekecewaan. Ini bukan airmata kemarahan.

Aku menangis bersebab. 

Ini adalah peringatan untuk aku.

Pabila aku berada di atas kelak, aku akan ingat bagaimana peritnya pabila berada di bawah.

Aku tak akan berhenti atau mengalah semudah itu. Esok dan hari2 seterusnya aku akan kekal untuk mendidik anak2 itu walau apa jua yang manusia2 itu lontarkan pada aku.

Walau2 engkau2 berjaya membuat aku marah, engkau2 tetap gagal untuk membuatkan aku hilang pertimbangan dan bertindak di luar jangkaan. Aku masih mampu mengawal amarah.

No comments: