Saturday, 10 October 2015

Rapuh

Aku cukup2 takut bila hati aku dijentik dengan perasaan rapuh. Serius, ketakutan tuh mengatasi segala-galanya. Lebih takut dari masalah acrophobia aku. Nampak tak? Itu adalah ketakutan terbesar aku dalam hidup nih.

Aku tahu benar akan diri ini. Bila aku rapuh, aku mudah hilang fokus. Aku jadik tak berapa rasional. Aku akan berada dalam keadaan emosi. Aku akan menyendiri dan mengasingkan diri. Aku tak nak kongsikan apa2 yang sedang kucar kacir dalam hati nih. Bukan sebab aku kuat, tapi sebab aku tak reti nak luahkan pada sesiapa.

Masa adalah penawar yang mujarab.!

Betul. Lama2 aku akan pulih sendiri. Baik sendiri. Sembuh sendiri.

Aku manusia, normal la nak merasa rapuh. Kan?

Sungguh, aku tak tahu kerapuhan yang bagaimana lagi yang akan aku rasa pada masa2 akan datang. Aku memang tak boleh agak. Aku tak tahu. Tak tahu!

Tapi aku tahu sesuatu. Ada yang peduli akan jatuh bangun aku. Ada doa dari manusia2 peduli untuk manusia macam aku nih. Ada yang melihat dari kejauhan. Menyampaikan kata2 semangat secara tersirat. Mengirimkan bisikan2 untuk semangat.

Ya, aku sedang bangun dari keadaan rapuh itu!

Aku sedang meredah ujian2 ini. Aku kembali bangun dan berdiri. Aku tak akan sia-siakn kehidupan ini. Ini cuma sedikit. Cuma sedikit. Sedikit.

Hari2 selepas ini mungkin lebih rumit lagi, tapi aku akan terus berlari untuk mengejar mimpi. Aku akan pulih. Akan sihat. Akan kuat. Akan teguh tanpa rasa rapuh lagi!



Insyaallah. All is well.

4 comments:

Anonymous said...

As salam..mcmna awk blh stabah ini..sy diceraikn suami sbb org ketiga..pmpn tu gna cara kotor utk rmps suami sy..akhrnya sy yg terbuang..sy rsa lmah n x bdya nk hrungi dugaan ini..pe perlu sy buat..tolong lh sy..sy sedh sgt..ati sy sakit..

cik merah said...

Wassalam.
Sy sendri xtahu kuat tuh mn. Sggh sy xtahu. Tp bila mn jdk kuat adlh satu2nya cra utk sy hdup, sy belajar paksa diri utk kuat. Paksa dri utk teguhkn kaki. Paksa dri utk brsemangat. Dan yg utama, kmbli pd kehidupan bertuhan.

Sy jga mlepaskn byk benda yg sy syg. Melihat apa yg sy tinggalkn di belakng smemanghnya meruntun hati sy. Tp sy terapkn rsa percaya. Dia ada rncngn yg lbh baik utk sy.

Berkenaan situasi awk, sy fhm apa yg awk rsa. Sy tahu bagaimana sakitnya bila melibatkn org yg kta cinta. Sy tahu seksanya rsa di jiwa. Terhiris. Terguris. Tercarik. Terhakis dgn luka yg brselirat di dada.

Doa. Doa. Dan doa.
Kerna doa adlh snjata paling ampuh yg dpt meleraikn kekusutan awk. Percayalh, ujian ni pnya hikmah trsmbunyi. Sy harap sgalanya akn mnjadi baik2 shja shbt.

Anonymous said...

Terima kasih..doakn sy tabah n sbar utk llui smua nh...doakn sy kuat tok hbskn study sy..kkdg sy tewas dgn prasaan sy.

cik merah said...

Sama2. Insyaallah, smuanya akn baik2 shja. Perasaan rapuh tuh normal sbgai mbusia, tp kita msh blh bngkit melawan kn. Chaiyok!