Thursday, 17 March 2016

Resepi kimchi radish

Assalamualaikum.

Selamat hari khamis ye semua! Moga ceria2 dan senyum sokmo. Hari ni nak share resepi kimchi lagi. Sila jangan kecam Merah ek. Kalau nak share resepi2 lain, rasanya macam biasa2 jer. Tapi kan, kalau Merah rasa macam luar biasa nanti Merah share apa2 masakan yang Merah masak tau.

Sejujurnya Merah tak pernah makan lobak putih sepanjang hidup Merah. Kenapa tak makan? Sebab rasa lobak putih tu tak kena dengan tekak. Sebab bau dia macam pelik. Sebab Merah tak berapa suka makan sayur. Sebab Merah tak tahu nak masak macam mana supaya lobak putih ni sedap.

Nampak tak betapa banyaknya alasan Merah. Hahahaha.

Lepas kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam pembuatan kimchi menggunakan kobis panjang dan timun, Merah cuba2 buat guna lobak putih pulak. Mana nak tau kot2 sedap. Boleh ler belajar2 makan lobak putih kan(^..^)

Okep, dah sedia? Meh sini Merah ajar cara buat kimchi lobak putih yang super duper ohsemm tahap boboboi kuasa tiga!

Kimchi lobak putih/ radish/daikon

Bahan2 :

a) 2 batang lobak putih yang sedang2
b) Daun bawang 
c) Bawang putih 6-7 ulas
d) 1 biji bawang holland
e) 2 1/2 sdb gula
f) 1 sdb garam
g) 1 sdb cuka
h) 1 sdb fish sauce
i) 2 sdb Cili

Cara membuatnya:

Mula2 potong lobak. Jangan nipis sangat atau tebal sangat. Sedang2 je ek. Letak dalam mangkuk. Masukkan gula dan garam. Kemudian gaul rata. Biarkan selama 40 minit.

Lobak yang disejat serta air sejatannya..
Selepas 40 minit, sejat air yang terdapat dalam mangkuk lobak tersebut ke dalam bekas yang lain.

Kisar bawang holland dan bawang putih. Masukkan ke dalam bekas berisi lobak. Masukkan juga cili, air sejatan lobak tadi, cuka, fish sauce serta daun bawang. Gaul rata.

Akhir sekali, sila rasa kimchi korang tuh. Kalau nak pedas tambah cili. Kalau nak masin tambah fish sauce. Kalau nak manis tambah gula. Bagi lidah melayu sejati macam Merah, sukatan di atas dah memenuhi tunas rasa Merah. Perfect(^_^)

Tadaaaa.. Siap!!!


Lepas jer siap hati berdebar debar nak rasa kimchi ni. Debar dia macam pertama kali berdepan dengan orang yang kita cinta. Gitu kan. Hahahaha.

Bila dah rasa, ada la sikit rasa frust. Tapi cepat2 pujuk hati. Dah cuba, tapi kalau tak kena dengan tekak nak buat macam mana kan. Merah simpan dalam bekas bertutup dan letak dalam peti sejuk. 

Dua hari lepas tuh masa buka peti sejuk ternampak bekas kimchi lobak putih yang tak terusik ni. Sedangkan kimchi lobak panjang yang buat hari tuh dah nak habis tak sampai seminggu. Sedih sungguh!

Dengan hati yang lara, Merah bukak juga bekas kimchi lobak putih. Hidu sekejap. Eh, wangi la. Bau dia dah lain. Kemudian ambil kimchi tu sikit untuk rasa. Ya ampun, sedap bangat!!!

Sungguh, sepanjang 27 tahun Merah hidup ni, itulah kali pertama Merah rasa lobak putih sedap. Rupanya kalau biar lama sikit, kimchi lobak putih nih akan jadik sedap. Yehaaaaa, berjaya!

So, tuan2 dan puan2 boleh cuba resepi ni ek. Selamat mencuba.

Tips :

1. Cili yang digunakan adalah cili paste segera yang dah dimasak dan diperasakan secukup rasa.

2. Merah tak letak halia dalam mana2 resepi kimchi Merah sebab masa blend cili, Merah dah letak halia siap2.

No comments: