Monday, 18 April 2016

Cara berlauk yang sedap tahap dewa dewi

Assalamualaikum wbt.

Yeahhhh, April ni bulan untuk masak2 dan makan2 gamaknya. Asyik2 entry pasal makanan. Nih kira 20% jer yang Merah tepek kat belog nih. Yang lain2 tak tunjuk pun kat sini sebab macam tak special sangat.


Cara berlauk nih adalah menu wajib kalau2 Cik Adek nak bawa ke opis. Itu jer yang dia mintak masak kalau nak bawa ke opis. Ok, jom usha kejadian cara berlauk nih.

Bancuhan tepung

1. Tepung gandum
2. Garam
3. Kunyit
4. Air 

a) Campurkan semua bahan di atas. Kacau supaya sebati dan tepung tak berketul-ketul. Pastikan bancuhan tak pekat sangat atau tak cair sangat. Manja2 jer.

b) Tapis bancuhan supaya tak ada tepung yang ketul2. Ketepikan.

Inti

1. Bawang besar
2. Bawang putih
3. Halia
4. 2 sdb cili kisar
5. Isi ayam yang dicincang kecil
6. Sos cili
7. Daun sup dan daun bawang
8. Cili merah

a) Tumis bawang besar, bawang putih, cili merah dan halia. Kemudian masukkan cili kisar.

b) Bila cili dah masak, masukkan sos cili dan ayam. Perasakan dengan gula dan garam. 

c) Akhir sekali masukkan daun sup dan daun bawang. Siap.

Proses nak masak macam biasa jer. Tuang bancuhan tepung dalam acuan yang dah disapu minyak. Kemudian masukkan inti. Tutup acuan guna tudung periuk. Dah masak angkat dan ulang proses tersebut sampai habis.

Sebab kita yang buat sendiri, memang selonggok la inti yang Merah letak. Perhhhh, sedap dia tak tau nak explain macam mana. Makan panas2. Ada pulak air teh suam kat tepi. Ohhhhh, heaven sungguh hidup nih.



I really wanna say something to you,

"Everyday and forever I ♥ YOU"

No comments: