Sunday, 10 April 2016

Musim panas lit lit

Haa, nampak tak tajuk yang sungguh berpeluh-peluh nih. Sekarang ni cuaca panas sungguh2. Kalau ada cita2 nak bersauna, usahlah habiskan duit untuk ke salon. Duduk dalam rumah dan jangan buka kipas atau penghawa dingin. Insyaallah, berpeluh ketiak dan badan tak sampai setengah jam.

Cuaca yang sungguh2 panas dan kering nih buat Merah dan Cik Adik kena serangan ruam, gatal2 dan sakit telinga yang kronik. Habis kulit merah2. Yang paling azab bila telinga, muka, hidung, leher, mata dan kepala mula rasa gatal secara berjemaah. Memang tak boleh blah. 

Ubat klinik jangan cakap la. Seguni. Huhuhuhu. Merata klinik kami berdua pergi. Bila asyik bergantung dengan ubat, kami berdua dah give up. Seksa sungguh. Huhuhu.

Minggu lepas pula Cik Adek cadangkan berhenti makan segala jenis binatang. Ayam, daging, ikan, seafood dan segala jenis makanan dalam tin. Sebab dah tak tahan, setuju jugak la dengan cadangan dia.

Hari2 makan sup sayur, tempe dan tuahu. Bagi manusia karnivor tegar macam kami berdua nih, memang menggeletar lutut nak ikut diet nih. Agaknya bersorak gumbira ayam2 dalam reban kalau tahu diet kami berdua nih. Setiap hari buat2 gembira makan sayur jer. Dah macam kambing rasa!

Alhamdulillah, nampak jugak la kesan positif dia. Walaupun masih gatal2, tapi tak der la seteruk dulu. Paling lawak bila masing2 luahkan isi hati sebab keputusan jadik pemakan sayur nih. Hari2 ketaq lutut. Hahahahaha. Kagum jugak la sebab mampu bertahan.

Jadi anak2, sila jaga kesihatan di musim panas ni ek. Jangan gigihkan diri untuk buat aktiviti luar kerap2 sangat ye. Minum air masak banyak. Merah cuma nak ingatkan sebab kalau korang sakit, korang akan tunggu nombor giliran lama giler kat klinik atau hospital. Ramai sangat yang sakit kot.

Klise sangat!!!! Choiii.


Ohhhhh, musim2 panas ni melting bila tenung awak lama2(* *)



No comments: