Monday, 11 April 2016

Sambal hitam + jeruk belimbing buluh + gulai kepala ikan merah yang ohsemmm!!

Tudia tajuk!!! Kalah tajuk debat ala parlimen. Kau mampu???

Sebab Cik Adik bawa balik belimbing buluh seplastik dari office minggu lepas, maka terjadilah pelbagai resepi yang enak2 bagi manusia yang cepat berpuas hati macam Merah nih. Mula2 dah cuak. Nak buat apa banyak2 belimbing buluh nih?

Bila dah cuak, mood membebel kuasa tiga mula la tunjuk taring. kesian Cik Adek kena dengar bebelan Merah. Kami tinggal berdua kot. Mana nak habis makan belimbing buluh seplastik nih. Nak bawa balik kampung tak sempat pulak. Belimbing nih mana tahan sampai 2 minggu. Huhuhu

Last2 Merah buat sambal hitam dan jeruk belimbing tuh. Jom intai sikit proses kejadian dia ek.

Sambal hitam

* Belimbing buluh
* Ikan bilis
* Cabai melaka
* Bawang merah 1 biji

1. Ambil kuali yang paling korang tak sayang. Panaskan kuali dan masukkan belimbing. Balik- balikkan belimbing sampai warna bertukar hitam. Dan jangan cuba2 nak letak air okep!

2. Tumbuk cabai melaka sampai lumat. Masukkan ikan bilis dan tumbuk lagi. Jangan lumatkan ikan bilis tu ye. Manja2 jer. Kemudian masukkan belimbing yang dah warna macam dayang senandung tu. Tumbuk manja2.

3. Masukkan minyak dalam kuali dan tumis bawang. Kemudian masukkan semua bahan2 yang dalam lesung batu tuh. Goreng sampai semua bahan garing. Siap!


***** Selalunya tak payah tambah garam atau apa2 dah sebab semua dah cukup rasa. Boleh simpan dalam bekas bertutup. Makan dengan nasi panas jer dah buat berselera. Ohhhh, sedap!


Jeruk belimbing buluh

1. Masukkan belimbing buluh dalam balang bertutup. Letak garam halus sampai semua belimbing bersalut dengan garam. Tutup dan biarkan selama dua hari. Tapi rajin-rajinkan diri goncang balang tu ek.

2. Selepas dua hari, buang air garam tersebut. Tapi jangan pulak korang basuh buah tuh. Masukkan air gula dan biar lagi dua hari. Goncang balang tuh bila2 rajin.

3. Selepas dua hari, buang air gula tuh dan ganti dengan air gula yang baru. Kemudian simpan dalam peti sejuk. Siap!!



***** Boleh ratah macam jeruk. Picit2 dalam sambal belacan. Picit2 dalam air asam. Boleh jugak tambah dalam apa2 masakan yang sesuai. Ohhh, kenapa terliur bila menaip nih.

Wowww, belimbing yang seplastik tuh dah settle. Senang hati sebab tak membazir. Sapa2 nak rasa jemput la mai rumah. 

Tadi buat gulai kepala ikan merah untuk lunch. Encik Adek demam + sakit kepala. Tapi sebab dia yang minta, sungguh2 dia makan. Cik Adek pun makan dengan berselera jugak. Puas hati tengok depa berdua makan. 


Lupa nak cakap, Merah letak belimbing jeruk dalam gulai. Tak letak tomato, bendi atau timun macam selalu. Belimbing jeruk jer. Tapi rasanya, ohsemmm!!!


Ehhhhh, awak! Saya suka semuanya tentang awak!

No comments: