Thursday, 21 April 2016

Secarik REDHA



Bila aku dalam keadaan berduka, aku selalu bisikkan pada diri ; 

TOLONG PUTUS ASA

Sebab aku dah terbiasa melawan dan berlawan, aku jarang2 nak mengalah. Kalau boleh aku nak fight habis-habisan. Biar terluka, tercarik, terhiris, terguris atau terhenyak kat mana2. Aku tak kisah. Aku tetap nak melawan.

Sedangkan aku sedar realitinya. Dengan melawan, aku akan punya impian. Angan2. Keinginan. Mana nak aku campakkan benih2 rasa yang bercambah dalam diri tuh? Aku tahu hakikatnya. Aku tak mampu bermimpi langsung untuk merealisasikannya.

Aku belajar dengan susah payah untuk rasa bahagia tanpa berlandaskan apa2 atau siapa2. Aku belajar untuk tetap bergelak dan ketawa walau aku tak menjiwainya. Aku belajar untuk kekal positif tanpa berkeluh kesah akan mehnah dunia.

Aku belajar sungguh2.

Sungguh2 yang tak dapat nak aku terangkan bagaimana.

Tapi aku memang sungguh2.

Aku coretkan sungguh2 tu kat belog ni supaya bila aku mula berbisik pada diri untuk berputus asa, aku akan ingat bahawa aku pernah bersungguh-sungguh untuk bahagia. Supaya aku sedar aku tetap bangkit walau jatuh. Supaya aku sedar aku tak mudah menyerah.

Sekarang bukan lagi masa untuk pura2 kuat ker apa, sekarang memang kena kuat pun. Aku bukan manusia yang baru nak kenal dunia. Bukan baru hari ni tiba2 diduga begini. Bukan baru hari ni tiba2 sakit macam ni. Bukan. Bukan. 

Kalau tak kuat tak mungkin aku boleh menulis kat sini kan. Aku kan manusia kuat yang ada pancaran sinar sakti tujuh petala langit dan bumi kuasa tiga tahap dewa dewi di seluruh angkasaraya. Tudia. Nampak benor pengaruh tv kat situ. (^_^)

Sebenarnya mudah jer nak jadik kuat nih. Tak payah engkau2 nak menuntut ilmu yang bukan2. Tak payah nak bertapa kat gunung ganang yang tak tentu punca. Tak payah nak ada kuasa super saiya pon. Tak payah yer anak2 sekalian. Tak payah.

Engkau cuma perlu REDHA.

REDHA.

DAN REDHA.

Aku belajar untuk redha atas segala benda yang tertakdir kat aku. Aku belajar untuk redha atas segala perancangan yang melencong 360 darjah daripada plan asal aku. Aku belajar untuk redha pada segala apa yang aku lepaskan, buangkan, tinggalkan dan campakkan semasa proses keredhaan itu. Demi sekelumit redha itu, aku berjuang habis habisan.

Akhirnya aku temui rasa manis yang aku tak pernah terfikir langsung akan merasainya. Selepas aku berhenti menyalahkan itu dan ini, selepas aku berhenti mempersoalkan takdir ilahi dan selepas aku menjadi terlalu peduli. Kau akan temui secebis redha pabila kau lontarkan semua rasa yang tiba2 menjadi terlalu rajin untuk berlegar-legar di kepala.

Kemudian aku lalui hidup dengan sangat2 mudah. Walaupun dalam keterbatasan fizikal, aku tak rasa ianya membebankan langsung. Aku jadi lebih sensitif jiwanya. Sensitif yang positif maksud aku. Contohnya aku lebih menghargai perkara2 yang nampak remeh dan kecil bagi manusia2 lain. Aku lebih menghargai semua benda yang berlaku di sekeliling aku.

Begini rupanya perasaan redha itu.

Allah, tak terungkap dek kata2.

Awak semua, jom belajar untuk redha sama2. Nanti kita sama2 kejar damai syurga pabila dijemput ke "daerah sana". Insyaallah.




"Giving up doesn't always means you are weak. Sometimes it just means your strong enough to let go."

No comments: