Sunday, 17 April 2016

Siri bercakap tanpa henti

Suatu masa silam dulu, aku suka bercakap, bercerita atau berkomunikasi dengan sesiapa jer. Aku boleh bercakap 27 jam tanpa henti. Ada jer benda yang nak jadi modal untuk aku bercakap. Hatta dengan kucing pun aku pulun bercakap. Tak kisah pun kalau kucing tuh tak faham atau tak respon. Janji ada benda hidup yang boleh stay dan dengar aku bercakap.

Aku pernah bela ikan laga warna merah yang aku namakan Momo. Waktu tuh aku masih study lagi. Aku letak balang kaca Momo kat meja study aku. Setiap hari aku memang tak akan terlupa untuk bercakap dengan Momo.

Dekat setahun jugak Momo terseksa mendengar cakap2 aku. Hahahahah. Last2 Momo mati. Tapi habit bercakap aku tetap tak mati bersama-sama dengan kematian Momo.


Bersama-sama dengan orang2 yang aku selesa, aku mampu cakap apa2 sahaja. Mungkin boleh cakap 48 jam tanpa henti. Mungkin juga 4 hari tanpa henti. Aku boleh senaraikan semua 1001 topik. Tu belum termasuk topik2 berat seperti ekonomi Malaysia, kecelaruan politik, isu2 global dan pengaruh barat.

Suatu hari, semasa sibuk bercakap-cakap dengan K. Afida kat bilik guru, beliau suarakan satu soalan yang buat aku tak tahu nak balas macam mana.

"Merah asyik cerita tentang macam2 benda, tapi Merah tak pernah cerita tentang Merah. Perasaan Merah. Sakit hati Merah. Rasa marah Merah. Kenapa ye?"

Diam seribu bahasa. 

Nak nampak lagi tragik, bilik guru sunyi sepi tiba2. Macam malaikat lalu bak kata orang.

Dan nak nampak nasib macam menyebelahi aku, tiba2 loceng untuk peralihan waktu berbunyi. Kak Afida bergegas ke kelas.

Aku kembali kat tempat duduk aku. Lama aku fikir. Aku sungguh2 tak tahu nak ceritakan apa2 berkaitan aku. Manusia yang suka bercakap macam aku nih tiba2 bisu. Kelu. 

Apa yang ada pada manusia macam aku nih? Tak ada yang istimewanya. Tak ada yang lebih di mana2. Tak ada apa yang nak dikongsikan dengan siapa2. Tak ada!! Full stop!

Sejak hari tuh macam tak berapa suka bercakap. Bukan aku pasif. Bukan. Bukan. Aku cuma lebih suka mendengar. Aku lebih suka menjadi pendengar yang baik berbanding bercakap non stop.

Rupa-rupanya, dengan hanya menjadi pendengar yang baik, aku mampu meredakan tekanan2 dari si pencerita. Dengan hanya mendengar, aku mampu berkongsi bebanan di bahu mereka2 yang terluka. Dengan mendengar juga, aku mampu melegakan hati2 yang tercarik dek mehnah dunia. Masyaallah, hebatnya kuasa mendengar.

Sebab tak semua orang macam aku yang mampu menghadam masalah sorang2, aku perlu menjadi pendengar yang baik. Aku mahu mereka2 juga bahagia. Aku mahu mereka2 merasa gembira.

Dan aku masih juga bahagia dengan cara aku sendiri. Sepi adalah melodi paling indah dan menenangkan jiwa. 

Tarik nafas.
Tahan.
Dan lepas.
Arghhhhhhh!!



I dreamed a dream ;

GD : I love you more than LOVE
Merah : OMG.. OMG..

And i woke up this morning with the smile on my face..

No comments: