Thursday, 5 May 2016

Cara paling berkesan untuk sembuhkan bengkak gusi

Sejak 2-3 hari nih gusi rasa berdenyut-denyut macam kena paku. Sejam sekali terjaga dari tidur sebab sakit. Badan makin panas. Demam agaknya.Tekak sakit. Bersin tak henti2. Batuk pun mai join sekaki. Mungkin nak cukupkan pakej kan!

Serius, sakit2 lain aku memang boleh tahan. Tapi kalau ada kena mengena dengan gusi atau gigi, aku memang angkat bendera putih awal2. Aku tak tahan sakit.

Aku dengan sejarah gigi serta gusi nih memang ngam sungguh2. Tahun nih saja dah 3-4 kali gusi aku bengkak. Setiap kali gusi bengkak aku memang rasa nak hentak kepala kat dinding. Tak pun nak tumbuk pokok pelam depan rumah yang dah bertahun-tahun tak berbuah. Tak pun nak karate jer pagar rumah yang tak salah apa2 pun tuh.

Selalunya gusi bengkak sebab kurang vitamin c ataupun jangkitan sebab plak2 yang ada kat gigi. Aku syak sebab aku kurang vitamin c sebab aku jarang sangat2 makan buah kebelakangan ni. Boleh ker nak cakap aku tak selera nak makan buah? Ker nak cakap aku nih memilih sebab akan makan anggur jer?

Bila dah bengkak camni, semua benda tak menjadi. Nak makan sakit. Nak minum sakit. Nak cakap sakit. Nak batuk sakit. Bersin pun boleh buat aku rasa nak tikam diri dengan pisau sebab sakit. 

Selalunya Puan Mama akan suruh aku kumur2 dengan air garam untuk kurangkan sakit dan surutkan bengkak. Nak lagi mujarab, sapu garam kat kawasan yang bengkak tuh. Aku memang cuba jugak, tapi kesannya lambat walaupun mujarab.

Paling terbaru Encik Adek cadangkan petua yang dia dapat dari kawan. Tahu tak apa? Beli asam boi yang warna merah, letakkan sebiji kat gusi yang bengkak tuh dan hisap sungguh2 dan kuat2.


Aku cuba buat dan aku rasa nak hentak kepala sungguh2 kat semen. Rasa sakit dia macam kena siat2 gusi kau hidup2 tanpa ubat tahan sakit. Masa aku kemam2 asam boi tuh, aku menangis sambil terpekik terlolong tepi dinding. Sakit sungguh2 sampai terketar-ketar kaki tangan aku.

Sebab bengkak gusi kali ni melibatkan banyak tempat iaitu hampir keseluruhan gusi, aku guna hampir 10 biji asam boi. Aku kemam2 kat setiap bahagian gusi yang bengkak tuh sampai asam boi tuh hilang rasa dan warnanya dengan gigih sekali.

Dan berdasarkan pengalaman2 aku, dalam 24 akan datang bengkak ni akan surut sedikit demi sedikit. Insyaallah.

Jadi, korang boleh cuba kaedah ni. Memang mujarab. Sakit memang sakit masa kemam asam tuh, tapi berkesan sungguh2. Bak kata pepatah, berakit rakit ke hulu, berenang renang ke tepian, bersakit sakit dahulu, bersenang senang kemudian. Daebak!!!!

Ok la, nak baring2 dan cuba tidur jap. Banyak dah tenaga yang habis sebab menjerit-jerit tadi. Babai.(*_*)





I Miss You

a little too much
a little too often
and a little bit more

every day


No comments: