Sunday, 15 May 2016

Menangis itu HIDUP, ketawa itu HIDUP


Menjadi seorang manusia bermaksud berdepan dengan bermacam-macam emosi yang membuak-buak di dada. Ada hari yang engkau riang gembira dengan senyuman yang boleh sampai ke hujung telinga. Ada hari yang engkau moody tahap nak baham sapa2 yang melintas di depan mata. Dan ada hari yang engkau malas nak buat apa2, hatta nak angkat jari pun rasa payah macam nak putus nyawa.

Okep, nampak dah sikit2 aku nak membebel tentang apa?

Hari ni kita citer sikit2 pasal emosi yang penuh dengan kejutan demi kejutan yer.

Cerita dia macam ni:

Minggu lepas tahap kesihatan aku merosot sangat2. Perkhabaran dari doktor buat aku rasa down ke tahap paling2 bawah sekali. Aku stress. Aku tak boleh nak fikir secara rasional. Paling dasat aku tak jatuhkan walau setitik airmata. Aku tahan sungguh2. 

Balik dari klinik aku mulakan fasa berkurung dalam bilik. Aku tak nak bercakap dengan siapa2 atau berkongsi dengan mana2 manusia. Aku tak buat apa2 dalam bilik. Cuma baring dan paksa diri untuk lelapkan mata. Tapi kan, mata ni memang tak nak berkompromi langsung dengan aku. Tak der sekelumit pun perasaan mengantok! Hampeh!!

Sejujurnya aku memang kecewa sebab terapi2 sebelum nih menunjukkan kesan yang positif. Aku memang usaha sungguh2 nak sembuh. Aku pulun buat itu dan ini sebab aku nak sembuh. Aku nak sihat. Nak jadik normal. Nak sempurna macam manusia2 lain kat keliling aku nih.

Dan aku tak sangka yang rasa down dan kecewa aku tuh boleh buat aku stress tahap tak boleh nak hadam apa yang aku makan. Setiap kali aku makan, aku akan muntah. Aku susah nak tidur malam. Kemuncaknya, aku sakit dan susah nak jalan sebab sendi2 kaki aku macam sedang melancarkan mogok supaya aku tak payah berjalan.

Bila dah macam serabut sangat, aku cuba kongsikan apa yang aku rasa dengan manusia2 selain keluarga aku. Motif? Sebab setiap cerita yang aku kongsikan pasti akan sampai pada Puan Mama. Ohhhhh, tidak!!!! Puan Mama tak boleh tahu semua nih. Tak boleh! Tak boleh!

Aku cuba nak share dengan kawan2 aku. Bila aku dail jer nombor telefon kawan2 aku, aku tekan butang cancel. Ada la dekat 5-6 orang yang aku call kemudian aku cancel. Haru sungguh!!

Korang faham tak bila hati korang mula buat macam2 andaian. Korang takut mengganggu la. Korang takut orang lain terbeban la. Iyer la, orang lain pun banyak masalah. Perlu ka nak serabut dan kusutkan kepala orang lain pulak.

Last2 aku off jer henpon. Malas nak berdunia dengan manusia2 lain. Kalau sebelum ni berkurung dalam bilik sambil bergelap, sekarang dah pandai buka lampu. Sambil pandang2 rak2 buku, tangan mula capai buku2 yang menjana minda sikit. Sebab aku mudah terpujuk jiwanya. Cewahhhh.

Bila dah macam rasional sikit, aku mula keluar bilik, berbual, bergelak, dan bergolek-golek depan tv. Cik Adek mungkin dah faham dengan perangai aku. Dia tak komen apa2 pun. Dia cuma diam jer sebab dia tahu aku jenis tak cerita benda2 yang tak best nih. Hahahahaha.

Kesimpulannya, walaupun terapi aku macam tak positif langsung aku ok jer. Dah cuba dan usaha kan. Kalau Dia dah tetapkan begitu, siapa aku yang nak rasa tak puas hati tak tentu pasal. Aku serahkan takdir aku pada Dia dan aku redha pada segala yang Dia aturkan untuk aku. 

Yang penting jangan putus asa kan. Peace!!!!




LOVE is when you look into someone's eyes and see their ♥heart ♥.

LOVE is when you look into someone's eyes and see everything you need..!!

I just wanna be with you. Thats all!!

No comments: