Wednesday, 24 August 2016

Tempek nyoq belaian jiwa raga

Kalau kau sedang lepak2 dan mengadap tv petang2 macam ni, mesti perut menyanyi lagu2 pelbagai irama kan. Nak nampak lagi syahdu, hujan pulak renyai2 kat luar. Berdangdut sakan perut kau kan?

Merah manusia yang memang nak mudah jer kerja. Bila rasa lapar petang2 macam ni, mula la selongkar dapur untuk cari makanan paling sedap tapi tak payah peluh2. Jom kita intai cara buat tempek nyoq aka lempeng kelapa belaian jiwa raga nih.

Bahan-bahan;

1 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa
1 sdb gula
Secubit garam
Air suam

1- Campak semua bahan2 dalam bekas. Agak2 jer kuantiti air tu yer. Kacau sampai adunan sebati.

2- Panaskan kuali, letak minyak manja2 jer tau sebab tak nak tempek nih melekat masa korang masak.

3- Cedok sesenduk adunan. Ratakan macam korang buat penkek. Bila dah garing dua2 bahagian, angkat.


Tadaaaaa, sedia dihidangkan!!!

Merah suka tempek nyoq yang manis. Jadi Merah makan macam tu jer tanpa cicah dengan apa2. Sambil mengadap tv nih, laju jer mulut mengunyah. Sedar2 dah habis 2 keping. Alhamdulillah.

Eh, takkan baca jer kot! Cer buat tempek nyoq ni tengok. Sedappp oooo.






I wonder what in love feels like ;

I guess i'll never know ;

Because I love you without knowing how or when, or from where ;

I love my life bacause of you. .





No comments: