Wednesday, 21 September 2016

Takut


Encik Adek + Ma

Assalamualaikum wbt.

Dalam entry2 sebelum nih, aku ada cakap yang aku takut banyak sangat benda. Kira macam fobia la. Tapi seiring dengan waktu, aku belajar atasi setiap ketakutan yang selalu buat aku gundah gulana bila berdepan dengannya. Aku tak nak terus menerus rasa takut. Tak nak!!

Contohnya aku sengaja naik escalator sambil pandang ke bawah bila aku jejak kaki ke pusat beli belah. Tak pun bila aku berada kat tempat tinggi, aku paksa diri aku untuk pergi dekat dengan balkoni, dinding atau tingkap supaya aku dapat pandang ke bawah. Aku tak nak terus menerus takut dengan ketinggian. Aku kena lawan.

Aku jugak memang dah pulih dari rasa takut pada tempat gelap. Serius, kenapa aku boleh takut dengan gelap pun aku tak pasti. Mungkin tuh hasil momokan orang2 kat sekeliling aku masa kecik2 dulu. Konon2 tempat gelap ada hantu la, langsuir la, jin bertandang la, pontianak harum pakai perfume la, hantu kak limah lari dari rumah la dan ntah apa2 lagi lah. Cehhh, dusta semata mata.

Tapi kan, ada satu benda yang aku sangat2 takut. Walaupun aku pura2 cool dan amik sikap endah tak endah, aku memang takut. Takut yang aku tak mampu nak explain macam mana. Takut sungguh2.

Sejak dari dulu lagi, aku cukup2 takut kalau tahu Ma aku sakit. Aku risau tahap boleh kena panic attack. Aku ingat lagi aku pernah cakap kat Ma yang aku selalu doa kat Tuhan supaya ambil nyawa aku dulu sebab aku tak sanggup kehilangan Ma. Dan korang tahu tak Ma menangis sungguh2 dengar statement aku. Last skali Ma cakap Ma pun tak sanggup kehilangan aku dan Ma cadangkan kami 'pergi' sama2.

Petang semalam Ma demam teruk sebab kena hujan masa balik mengaji orang meninggal kat kampung. Pagi tadi pulak Ma memang tak mampu bangun langsung sebab demam makin teruk. Aku suruh Encik Adek balik tengok Ma kat kampung sebab aku pun tak sihat. Aku tak nak Ma tengok aku sakit dan risau pulak.

Sungguh, sepanjang hari ni aku gelisah sangat. Semua benda tak kena. Aku harap Ma cepat sembuh. Aku doa yang baik2 untuk Ma sebab Ma manusia paling baik yang pernah aku jumpa kat bumi nih. Aku sayang Ma. 

Eh korang, doakan Ma kita cepat sembuh dan baik2 jer ek. Terima kasih!


No comments: